Walker Ajak Maupay Bertumbuk Di Terowong Kerana Ejek Soal Anaknya

Kyle Walker hampir sahaja menumbuk muka Neal Maupay yang menurutnya telah mengejeknya tentang anak anaknya.

Baru baru ini, Kyle Walker meminta maaf secara terbuka kepada bekas isterinya, kerana dia telah curang dengannya ketika mereka masih berkahwin.

Dipercayai, ketika isterinya sedang mengandung Kyle Walker menjalin hubungan asmara dengan seorang model.

Hasil hubungan skandal di belakang isterinya itu Kyle Walker ada dua orang anak dengan wanita tersebut.

Kisah itu menjadi sensasi sepanjang minggu ini di England. Kyle Walker mengakui dia bertanggungjawab dan kesal melihat bekas isterinya yang menjadi mangsa kecurangannya.

Walker dan bekas isterinya, Annie Kilner bercerai pada bulan lalu. Dengan Walker baru sahaja 5 bulan menimang cahaya mata keduanya bersama skandalnya, Lauryn Goodman.

Walker mengakui dia cuba untuk menamatkan hubungannya dengan Lauryn, namun wanita itu mengesahkan dia hamil anak Walker sekali lagi pada Januari.

Walker pernah cuba berpindah ke Bayern Munich untuk melarikan diri daripada tekanan di England. Terutama sekali dia tahu cerita ini akan menjadi buruan media.

Dalam aksi antara Man City dan Brenford, Kyle Walker bertengkar dengan Neal Maupay di atas padang. Dia mendakwa pemain itu telah mengejek tentang anak anaknya.

Pengadil cuba menenangkan keadaan. Dengan Maupay menafikan dia ada mengejek pemain itu.

Walker dilihat mengajak Maupay bertumbuk di dalam terowong dengan menunjuk ke arah terowong. Walker dilaporkan berkata: “Aku akan tumbuk mamat ni, ref dia bercakap tentang anak anak saya, bukan sekali tetapi dua kali.”

Dia benar benar bengang dengan pemain itu.

Minggu lalu, Maupay terlibat perselisihan dengan pemain Spurs, James Maddison. Di mana Maddison mengejek Maupay sebagai tak layak meraikan gol dengan gaya keraiannya kerana pemain itu tak cukup banyak gol.

Maupay bertindak balas menyatakan bahawa sekurang kurangnya gol dia lebih banyak daripada jumlah berapa kali James Maddison tersingkir di hujung musim bersama pasukan yang dia wakili.