Penyerang Manchester City, Kyle Walker mendakwa dia hanya menemui mentaliti kemenangan selepas meninggalkan Tottenham Hotspur.
Walker meninggalkan Spurs pada 2017 selepas mempamerkan aksi cemerlang sebagai bek sayap selama beberapa musim untuk kelab utara London itu.
Setibanya di Stadium Etihad, pemain berusia 32 tahun itu telah mengecapi pelbagai kejayaan.
Di mana di dalam kabinetnya ada empat Liga Perdana Inggeris, empat Piala Liga, satu Piala FA dan dua Perisai Komuniti.
Manakala Tottenham tanpa trofi dalam tempoh 15 tahun. Walker pernah bergandingan dengan beberapa nama besar di Spurs yang turut meninggalkan kelab itu dan mengecapi kejayaan di tempat lain.
Misalnya, Gareth Bale dan Luka Modric.
Trofi major terakhir Spurs adalah pada musim 2008 apabila mereka menjulang Piala Liga.
Walker membuat komen tentang memenangi trofi selepas kemenangan 1-0 City ke atas Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris.
“Bagi saya, perlawanan yang sangat penting adalah menentang Arsenal, ketika kami memenangi Piala Carabao pertama [pada 2018] kerana itu adalah trofi pertama saya,” kata Walker.
“Ia adalah perubahan besar dalam cara pemikiran saya. Saya mulai berkata: ‘Anda tahu, saya sebenarnya boleh melakukannya sekarang. Saya sebenarnya boleh pergi ke perlawanan dan memenangi perlawanan akhir’,” tambah Walker lagi.
“Saya pernah ke sana dan hanya menyertainya kerana pasukan yang saya pernah bermain atau layak, kami tidak pernah benar-benar tahu bagaimana untuk memiliki mentaliti kemenangan itu,” katanya ketika menceritakan beza mentalitinya di Spurs dan di Man City.
City kin lima mata di belakang Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris. Mereka masih dalam landasan persaingan dalam keempat-empat pertandingan.