Pertahanan kebangsaan England, Kyle Walker telah meminta maaf kepada isterinya, Annie Kilner kerana telah bermain kayu tiga dengan model Lauryn Goodman.
Di mana Walker dan Lauryn sudah mempunyai dua orang anak dengan skandalnya itu.
Walker, 33, sudah memiliki 3 anak dengan isterinya ketika itu, Annie Kilner, ketika Lauryn Goodman melahirkan anak mereka pada 2020.
Kyle Walker secara terbuka bercakap kepada media, meminta maaf dan mengakui kesalahannya. Dia simpati dengan bekas isterinya yang menjadi mangsa kecurangannya.
Walker berkata: “Apa yang telah saya lakukan adalah sangat teruk dan saya sepenuhnya bertanggungjawab di atas kesalahan saya sendir.
“Saya membuat pilihan yang dan keputusan yang bodoh. Saya sendiri tak tahu nak membayangkan apa yang akan dilalui Annie selama ini. Saya sudah cuba bertanya kepadanya namun dia rasa terluka dan kesakitan.
“Satu satunya yang bersalah di sini adalah saya. Saya ada peranan dan tanggungjawab selepas saya sedar bahawa saya membuat pilihan yang bodoh. Namun saya harus menghadap kesalahan ini. Saya berhutang dengan semua orang.
Isteri Walker mulai mengetahui bahawa suaminya curang setelah model itu melahirkan anak kedua hasil hubungannya dengan Walker. Di mana Goodman telah menghantar mesej menerusi Instagram.
Walker mengakui dia pernah mahu menyertai Bayern Munich kerana mahu melarikan diri daripada ketegangan yang dia hadapi di England.
Pep Guardiola ketika itu benar benar terkejut dengan tindakan Walker yang tiba tiba mahu meninggalkan Man City sedangkan dia masih pemain penting kelab.
Namun pemain itu akhirnya memutuskan untuk terus kekal.
🚨 Kyle Walker has revealed he was close to joining Bayern Munich last summer to escape the drama in his private life. 😮
The England defender has Fathered two children with reality star Lauryn Goodman behind his wife’s back. Awkward. 🤦♂️
(Source: SunSport) pic.twitter.com/06D3qJzpNX
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 28, 2024
Ini bukan pertama kali Walker bermain dengan perempuan lain. Pada masa kuatantin dahulu dia pernah ditangkap kerana mengadakan parti seks dengan wanita dengan ‘menyeludup’ wanita wanita seksi masuk ke rumahnya dan berpesta bersama rakan rakannya.
Man City ketika itu mengambil tindakan di atas kesilapan Walker yang menjejaskan imej kelab. Memandangkan dia juga pemain bola sepak yang menjadi role model kepada kanak kanak.
Walker kemudian meminta maaf di atas kekhilafannya. Dan menyatakan apa yang dia lakukan sangat teruk.
Annie merupakan kekasih Kyle Walker sejak mereka masih remaja lagi. Namun rumah tangga mereka akhirnya retak kerana orang ketiga