Wan Maimunah Mahu Jumpa ‘Peragut Wan Maimunah’ 20 Tahun Lalu

Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz, bukanlah nama asing dalam industri seni tanah air. Pelakon yang lahir pada 14 Jun 1957 merupakan seorang pelakon wanita yang serba boleh.

Wan Maimunah mula menceburi bidang lakonan secara serius pada tahun 1972, dan merupakan pelakon serba boleh yang mampu membawakan apa sahaja watak yang ditawarkan padanya. Beliau juga lebih terkenal dengan watak air mata yang paling melekat di mata peminatnya.

Nak jumpa ‘peragut Wan Maimunah

Legenda Wan Maimunah meluahkan hasratnya untuk bertemu kembali dengan pelakon yang pernah bekerjasama dengannya satu ketika dahulu.

Di antara deretan nama besar yang pernah bekerjasama dengan beliau, tetap keluar satu nama yang dianggap kurang popular, namun memberikan impak bagi Wan Maimunah.

Wan Maimunah memaksudkan pelakon lelaki yang pernah membawa watak peragut dalam iklan tersebut.

Watak lelaki itu seringkali disebut sebagai ‘Peragut Wan Maimunah’ kerana identitinya tidak diketahui dan iklan tersebut tidak menunjukkan siapakan nama watak yang dibawakannya.

Iklan legenda itu sudah pun berusia 20 tahun dah. Namun ianya masih segar di dalam ingatan kita semua.

Wan Maimunah menegaskan walaupun sudah 20 tahun, beliau tak sangka lakonan itu orang masih ingat. Itu tanda pelakon tersebut memiliki aura.

Wan Maimunah juga gembira kerana iklan khidmat masyarakat itu membantu menyedarkan orang awam tentang bahaya ragut.

Walaupun masalah ragut ini tiada kesudahan, tetapi mesej yang dibawakan tetap memberikan banyak kesedaran kepada semua pihak.

Bercakap kepada Harian Metro, Wan Maimunah berkata: “Walaupun sudah hampir 20 tahun, ibu sendiri tak sangka yang orang masih suka dan ingat setiap babak dimuatkan dalam iklan itu.

“Kalau ada peluang, saya teringin sangat nak berjumpa dengan individu yang jadi ‘peragut’ itu. Mana tahu, kalau dia membaca berita ini, sila hubungi saya” katanya lagi.

“Sesuai dengan situasi sekarang, banyak juga kes-kes ragut yang kembali berlaku dan ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan buat kita semua,” katanya.

Wan Maimunah mengesahkan bahawa dia melakonkan penuh watak itu tanpa menggunakan pelagak ngeri.

Pada masa yang sama beliau memberikan tunjuk ajar kepaada ‘peragut’ tersebut kerana dia bukan seorang pelakon.

“Pihak produksi nak sediakan tilam untuk babak saya terjatuh selepas diragut, tapi saya tolak kerana nak bagi nampak realisitik.”

“Lelaki yang berlakon sebagai “peragut’ itu pun bukanlah pelakon. Jadi, ibu yang ajar dia bagaimana untuk menampakkan adegan ragut itu seakan realistik,” katanya.

Terbaharu, Wan Maimunah tampil membintangi filem TV (FTV) berjudul Frontliner bersama barisan pelakon lain seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di