Isteri Mauro Icardi, Wanda Nara semalam telah membuatkan netizen gempar apabila memuat naik status yang ditujukan kepada Icardi dengan menyindiri bahawa lakinya itu sedang merosakkan rumah tangga sekali lagi.
Sebelum ini pasangan ini membuatkan ramai terkejut apabila Icardi melabel isterinya sebagai anjing betina. Namun Wanda Nara mempertahankan suaminya itu dengan menganggap itu cumalah gurauan kasar. Icardi kemudian memadam statusnya itu.
Wanda Nara bukan sahaja isteri kepada Icardi, malah menjadi ejen yang sangat kontroversi dalam karier Icardi.
Pernah bergaduh dengan kelab lama Icardi sebelum ini iaitu Inter Milan. Membuatkan Inter hilang sabar dengan Icardi dan menjual pemain itu.
Seterusnya, Wanda Nara juga pernah menimbulkan kontroversi apabila secara terbuka menyatakan bahawa Icardi sentiasa merindui aksi di Itali dan mahu kembali ke Serie A.
Membuatkan PSG memberikan amaran kepada Wanda Nara agar tidak terlalu terbuka menyatakan pandangan seperti itu kepada umum. Ini kerana Wanda Nara ejen kepada pemain itu.
Dalam kenyataan terbarunya di Instagram, Wanda Nara menyindir Icardi dengan berkata: “Kau nak hancurkan keluarga kau lagi ke untuk betina jalang.”
Seolah olah ini bukan yang pertama Icardi skandal dengan wanita lain di belakang Wanda Nara.
Ramai juga netizen yang berseloroh bahawa kenyataan itu juga boleh kena kat batang hidung Wanda Nara sendiri.
wanda nara saying mauro icardi ruined another family when she literally also cheated on her husband w him pic.twitter.com/cLuVY65UxC
— t (@madridsnjh) October 16, 2021
Ini selepas Icardi menghancurkan keluarga rakan baiknya Maxi Lopez beberapa tahun lalu dengan menjalinkan hubungan sulit dengan Wanda Nara.
Selain itu, Wanda Nara juga beberapa kami menekan butanng unfollow dan kemudian follow balik Icardi di Instagram.
Tranku @wandaicardi27 pic.twitter.com/BhuxnZH2m9
— A N G E L (@AngeldebritoOk) October 16, 2021
Hubungan Mauro Icardi dan Wanda Nara dilihat tidak begitu bagus pada ketika ini.
Pada masa lampau, Icardi dan Wanda Nara membina mahligai mereka dengan cukup kontroversi.
Wanda Nara ketika itu menjadi isteri Maxi Lopez, telah menjalinkan hubungan dengan Icardi. Di mana Icardi diajak oleh Maxi Lopez tinggal di rumah mereka ketika pemain Argentina itu masih mencari cari rumah baru.
Maxi Lopez menganggap Icardi seperti adiknya sendiri. Dan tak menyangka, Icardi mengambil kesempatan di atas kepercayaannya itu.
Namun Wanda Nara menafikan mereka menjalinkan hubungan sulit di belakang Lopez. Dengan menegaskan bahawa, mereka hanya bercinta selepas dia bercerai dengan Maxi Lopez.
Seterusnya Maxi Lopez pernah mendakwa Icardi dan Wanda Nara melarang anaknya bercakap dengannya di telefon membuatkan Maxi sangat kecewa.
BACA JUGA: Telenovela ‘Icardashians’: Kisah Sailang Isteri Kawan Yang Bermula Daripada Percutian Keluarga
EPISOD 1: Icardashians
Pasangan Mauro Icardi dan Wanda Nara dikenali sebagai ‘Icardashians’ oleh media Itali. Ini kerana mereka terlalu banyak skandal dan kontroversi.
Ini antara beberapa petikan daripada kapsyen di internet mengaitkan Icardi dan Wanda Nara sebagai Icardashians.
Keeping up with the Icardashians! 🤪
By @DanEdwardsGoalhttps://t.co/KKNiDy9NdO
— Goal News (@GoalNews) September 11, 2019
oh god plz no 😨😱 keep the Icardashians away plzzz pic.twitter.com/mqbkoGnQ2l
— Raul Alansari (@kaluo777) March 13, 2019
Beberapa tahun yang lalu Mauro Icardi, striker Paris Saint-Germain (PSG) tega mengkhianati teman baiknya Maxi Lopez, ketika mereka berdua bermain di Sampdoria.
Mauro Icardi dan Maxi Lopez merupakan sahabat baik dan sangat rapat. Di mana Mauro Icardi anytime sahaja boleh datang ke rumahnya kerana kepercayaan Maxi Lopez.
Tidak disangka sangka, di belakangnya, Icardi telah menjadi anak ikan kepada Wanda Kopi…… eh Wanda Nara.
EPISOD 2: Wanda Nara berilmu pengurusan
Icardi memecat ejennya yang sudah menguruskannya selama sepuluh tahun dan melantik Wanda Nara sebagai ejen barunya pada 2015.
Wanda Nara memang wanita yang ada ilmu pengurusan termasuk menguruskan lelaki jambu seperti Icardi. Wanda Nara berada dalam salah seorang ejen paling berpengaruh di Serie A.
Dia tak takut berdepan dengan pengurusan kelab besar dan berdepan dengan ejen ejen lain dalam arena ejen bola sepak yang didominasi kaum lelaki.
Wanda Nara dikenali sebagai seorang selebriti dan penyampai radio, model dan bermacam lagi kerja dia buat.
Dia memulakan karier glamornya pada 2005 dan berpindah ke Itali bersama Maxi Lopez pada 2011.
Mereka dikurniakan 3 cahaya mata, Valentino Gastón López Nara (lahir pada 25 Januari 2009), Constantino López Nara (18 Desember 2010), dan Benedicto López Nara (20 Februari 2012).
EPISOD 3: Percutian yang menghumban Lopez
Hanya dua tahun menikmati hidup bersama, pada 2013 mereka berdua bercerai. Lopez terbuka mendakwa Wanda Nara telah ketahuan, berselingkuh dan berpacaran bersama teman baiknya.
Namun Wanda Nara spin cerita menuduh Lopez yang sebenarnya curang, dan menyatakan beberapa kali dia menangis kerana Lopez kaki perempuan termasuk gangguan seksual ke atas pembantu rumah mereka.
Wanda Nara kemudian membawa pulang anak anaknya ke Argentina dan berhubungan dengan Mauro Icardi yang merupakan sahabat baik Maxi Lopez. Pada akhir 2013, Wanda Nara dan Maxi Lopez bercerai.
Hanya enam bulan kemudian, Nara menikahi Icardi pada 27 Mei 2014 dalam sebuah upacara kecil di Buenos Aires, tetapi sangat mewah. Tiada seorang pun rakan sepasukan Icardi yang datang ketika itu.
Paling mengejutkan Icardi dalam buku autobiorafinya – Semper Avanti – mengakui dia dan Wanda Nara sudah lama berhubung menerusi SMS tanpa pengetahuan Maxi Lopez.
Icardi menyatakan dia mulai rapat dengan Wanda Nara ketika dia diajak Wanda Nara dan Lopez bercuti bersama keluarganya. Di mana ketika itu, Lopez, Nara dan tiga orang anak mereka pergi bercuti keluarga. Tetapi Lopez setuju dengan cadangan Nara mengajak Icardi sekali kerana Icardi ketika itu tiada kawan dan kesunyian. ‘Kesian kat kawan you biy’ mungkin itu ayat Nara masa tu.
Icardi bercuti dengan mereka di Kepulauan Aeolian.
EPISOD 4: Siapa menggatal dahulu?
Icardi kemudian menggambarkan bagaimana Nara datang menghampirinya saat dia sendirian di lantai dua kapal, berbaring di sofa dan mendengarkan lagu reggae. Icardi juga menggambarkan dia cumalah lelaki naif yang didatangi bini orang yang hot. Eiii…
“Saat itu hubungan Wanda dengan Lopez sudah berakhir,” ujar Icardi yang menyatakan bahawa hubungan Lopez dengan Nara sudah berantakan. Icardi menjelaskan bahawa rumah tangga Lopez retak menanti belah kerana Wanda Nara sudah tidak ada perasaan kepada Lopez.
Tapi, Wanda Nara pula pernah menafikan bahawa dia yang menggatal dahulu. Sebaliknya Icardi yang merayunya setelah pernikahannya berakhir.
Ternyata kedua dua mereka memang benar benar sudah menjalin asmara di belakang Maxi Lopez selama ini. Keadaan menjadi terus panas apabila video skandal seks Wanda Nara bersama dengan Brozovic tersebar.
Let me get this straight 🤔
In 2013 Wanda cheats on her husband Maxi Lopez with Mauro Icardi 🤬
…and apparently in 2019 Wanda reportedly cheats on her husband Mauro Icardi with Marcelo Brozovic 😱 pic.twitter.com/pm1INbmr51
— 🌐👑 (@KeranenKim) February 18, 2019
Namun Wanda Nara menafikan perempuan itu adalah dirinya. Mauro Icardi pula enggan memberikan komen dan menganggap perempuan dalam video itu hanyalah pelanduk dua serupa dengan Wanda Nara.
Wanda Nara berkata: “Akak ni seorang ibu dan ada 5 orang anak nak dijaga dik oi. Akak sentiasa menjaga anak kat rumah, bila pulak akak ada masa nak merenyam dengan lelaki lain. Korang kena ingat, akak ni isteri Icardi.”
“Akak hidup seperti kehidupan akak yang biasa, bekerja, jaga anak anak anak akak yang lima orang, jadi sebelum korang sesuka hati menulis cerita tak masuk akal tentang akak, fikirkanlah dulu.”
Kata Wanda Nara merujuk kepada suami barunya merupakan superstar dan menjadi kapten Inter Milan ketika itu. Icardi menjadi rebutan banyak kelab besar.
Nara kemudian mengancam tindakan undang undang kepada sesiapa lagi yang mengaitkannya dengan video tersebut.
EPISOD 5: Kak Wanda masak pasta
Setelah bercerai, Nara kembali tinggal di Argentina bersama dengan anak anaknya. Dan beberapa bulan selepas itu, Wanda Nara meminta bantuan Icardi untuk menumpangkannya sekejap di rumahnya. Ini kerana Nara perlu kembali ke Itali untuk menyelesaikan beberapa dokumen.
Icardi memberikan Nara kunci rumah dan keretanya untuk kegunaannya. Nara menceritakan lagi detik Mauro Icardi mengajak dia makan sekali di rumahnya.
“Mauro tanya saya masa tu, dah makan ke belum, dan dia tanya nak ke akak makan dengan dia. Akak tengok peti ais dia kosong je. Lalu akak memasak pasta untuk Icardi.”
Oleh kerana itu, hubungan persahabatan Lopez dan Icardi hancur. Media mulai mendedahkan bahawa keretakan rumah tangga Lopez adalah kerana skandal Nara dan Icardi.
Namun pada tahun lalu Maxi Lopez menegaskan dia sudah memaafkan Maxi Lopez dan Wanda Nara. Malah dia berterima kasih kerana Icardi merampas Nara daripadanya.
“Selain memaafkannya, saya menghargai bahwa dia (Icardi) mengambil W…”
EPISOD 6: Derbi Wanda 2014
Pada 2014, kedua dua pemain bertemu di atas padang buat pertama kalinya selepas Lopez bercerai. Mereka beraksi dalam pertemuan Inter dan Sampdoria. Dan celakanya media Itali menggelar ianya”The Wanda Derby”.
Lopez bermain untuk Sampdoria ketika cerita sensasi hubungan Nara dan Icardi tengah panas dan didedahkan oleh beberapa media bahawa Icardi dan Nara sebenarnya sudah lama bermain asmara di belakang Lopez. Icardi bermain untuk Inter Milan.
Ketika itu, netizen bawang Itali sangat bencikan Wanda Nara dan Mauro Icardi. Harus diingat, Itali masih ramai yang konservatif kerana mereka masih ramai kuat pegangan kepada adat dan agama kristian.
Mereka menyebut tindakan Nara itu sebagai pengkhianatan besar-besaran karena menggoda kawan baik suaminya sendiri. Di atas padang, Icardi dicemuh dan diboo. Manakala Lopez enggan bersalaman dengan Icardi kerana tangan itu telah menyentuh isterinya selama ini.
2014 and its matchday. Inter play samdoria. Nobody cares about the match. All eyes are on Maxi Lopez and iCardi. The Wanda derby is born.
Maxi refuses the prematch handshake and grabs his balls instead. Something he does everytime they play. pic.twitter.com/dWR5UbWJOa— 💥💥🏴🇬🇧 (@aubamebangbang) February 27, 2019
Icardi meraikan gol menganjing crowd yang mencemuhnya.
Mauro Icardi really is a legend.
He did this when he scored v. Sampdoria in the Wanda Derby few years ago pic.twitter.com/cMkcyZdi47
— injova (@Its_kagiso) April 3, 2019
Lopez sangat kecewa kerana dia selama ini membantu Icardi menyesuaikan diri dengan kehidupan di Itali. Memberikan apa sahaja bantuan kepada pemain itu yang 9 tahun lebih muda daripadanya.
Maradona antara legenda yang terbuka mengutuk perbuatan Icardi. Ketika Icardi dilaporkan dalam senarai untuk ke Piala Dunia bersama Argentina, Maradona menentangnya. Icardi ketika itu dalam form sangat baik.
Maradona berkata: “Tak perlu, dan ianya memalukan. Icardi hanya tahu bagaimana berhubungan intim dengan isteri rakan baiknya. Dia melakukannya dengan sangat baik. Dia mampu mencari rumah kawan dia yang ada bini dengan mudah, dia tidak perlukan GPS untuk itu.”
“Wanda Nara tidak disukai di negara ini, tapi dia tak peduli. Dia suka menayangkan kehidupan glamornya, post foto telanjang dikelilingi kasut tumit tinggi dan beg tangan berjenama, bercuti dengan jet peribadi,” tambah Maradona lagi.
EPISOD 7 — Icardi: Lopez bukan kawan aku, dan aku tak rampas bini dia
Pada 2016, Mauro Icardi akhirnya tampil secara terbuka mempertahankan isterinya dan menegaskan bahawa Wanda Nara tidak bersalah.
“Semua orang bercakap tentang masalah Wanda Nara tanpa tahu kebenarannya.”
Pretty sure this is why, Messi's mates with Maxi Lopez, and Icardi stole his wifehttps://t.co/kZGUVB1R3Q
— 𝖑𝖔𝖗𝖉 (@lordoscar_) June 26, 2018
“Ketika saya mulai rapat dengan Wanda, saya bermain bersama Diego Milito, Javier Zanetti, Esteban Cambiasso, Walter Samuel dan mereka tahu ceritanya karena saya bercerita pada mereka.”
“Saya berkawan dengan pasangan itu [Wanda dan Lopez] dan kami rapat. Awalnya semuanya normal. Lalu mereka berpisah dan kami berdua tetap berhubungan, dan itu terjadi begitu saja.”
Kata Icardi yang sekali lagi mempertahankan bahawa dia dan Wanda Nara hanya menjalinkan hubungan selepas Nara bercerai. Namun yang mengejutkan, Icardi menyatakan bahawa Lopez bukanlah sahabat baiknya seperti yang digambarkan. Hubungan dia dengan Lopez cuma atas dasar rakan sepasukan.
“Saya jatuh cinta, dan itu hak saya. Tetapi López bukanlah sahabat saya, tidak seperti itu. Kami cuma kerja di Sampdoria, tidak lebih daripada itu.”
EPISOD 8: Dalam kepala otak Wanda Nara cuma wang
Pada 2019, Maxi Lopez Bekas meluahkan kemarahannya kepada media tentang sikap bekas isterinya itu. Menurut Maxi Lopez, Wanda Nara adalah mata duitan. Segala yang ada di fikiran wanita itu hanyalah wang.
Itulah sebabnya kenapa dia meninggalkan Lopez untuk Icardi yang dilihat lebih kaya dan mendapat gaji lebih besar dengan pasukan besar.
Maxi Lopez juga sangat sedih mengenangkan beliau hanya berjumpa dengan anaknya 2 kali pada tahun lalu iaitu pada 2017.
Bercakap kepada Telefe, Maxi berkata: “Saya sentiasa cuba bercakap dengan Wanda. Namun semua perbualan yang sepatutnya tertutup telah diterbitkan Wanda di media sosial. Perkara seperti ini mengganggu usaha untuk berbincang.”
“Mereka tidak benarkan saya berjumpa dengan anak-anak saya.”
“Saya hanya berjumpa anak saya 2 kali pada tahun lalu. Kami berdua sudah menandatangani persetujuan tentang anak. Namun Wanda tidak pernah menghormati ketetapan oleh mahkamah.”
“Saya telah menjadi satu bahagian penting yang hilang dalam kehidupan anak-anak saya.”
'They don't let me see my children'
Maxi Lopez hits out at Mauro Icardi and Inter Milan striker's wife and agent Wanda Nara https://t.co/dEadpFgUvL pic.twitter.com/M9bwMWrEnX
— MailOnline Sport (@MailSport) July 14, 2019
“Dengan Wanda, segalanya tentang wang. Sentiasa memikirkan percutian hujung minggu dan dengan siapa mahu pergi melancong.”
“Wanda tidak pernah kurang wang. Saya hilang rasa hormat kepada beliau.”
Maxi Lopez kemudian menyatakan rasa terkilan setiap kali melihat Mauro Icardi menyarungkan jersi Inter Milan dan Newell – menganggap anak-anaknya sedang dipergunakan oleh Icardi bagi meraih publisiti.
“Saya melihat beberapa gambar Icardi menyarungkan anak-anak saya dengan jersi Inter dan Newell.”
“Saya beritahu mereka, hanya seorang ayah yang faham perasaan itu. Saya sangat kecewa apabila anak-anak saya dipergunakan.”
Maxi Lopez: "With Wanda, it's always about money. Icardi makes me sick, It pissed me off seeing him uses my children against me. Several times, he hung up the phone when they were talking to me" #fireodds pic.twitter.com/3uZKD8HyeC
— Fireodds (@fireoddsuk) July 14, 2019
“Ada beberapa kali saya bercakap dengan anak-anak saya di telefon, Icardi memutuskan talian.”
Wanda Nara menafikan tuduhan itu dan menyatakan dia sentiasa gembira melihat anak anaknya bercakap dengan ayah mereka. Cuma Lopez yang jarang telefon. Pulak dah.
EPISOD 9: Sikap Nara turut menghancurkan Icardi
Wanda Nara bukan sahaja kontroversi dengan skandal, tetapi turut menjadi masalah kepada Icardi dalam soal kontrak.
anda Nara adalah faktor kenapa Mauro Icardi sebelum ini tidak berada dalam perancangan Antonio Conte.
Ini selepas Wanda Nara dilaporkan memanipulasi kertas tawaran kontrak Inter Milan dan didedahkannya kepada Real Madrid untuk meminta gaji lebih besar daripada yang ditawarkan.
Dan pada masa yang sama menunjukkan bahawa suaminya mendapat tawaran daripada Inter Milan.
Mauro Icardi kemudian dilucutkan jawatan dari kapten di bawah kendalian Spalletti. Dan beliau pula mogok tak nak bermain selepas hilang jawatan kapten.
¿Dos años de vacaciones pagadas?
Mauro Icardi tiene un panorama complicado. Su esposa y repre Wanda Nara anunció que se quedará en un equipo en el que Antonio Conte no cuenta con él. Rechazaron oferta del Mónaco. Juventus y Napoli no parecen mover ficha por él. ¿Qué pasará? pic.twitter.com/uCDcFzcnZQ
— Fabian Estay (@FABIANESTAY10) August 26, 2019
Icardi digantung dari kompleks Inter Milan. Dan beliau memfailkan saman bernilai £1.4 juta ke atas Inter Milan kerana melarangnya datang ke pusat latihan.
The latest in Keeping Up with the Icardashians…
He hasn’t played a game for Inter since February 9. 🙃 pic.twitter.com/x5Bnos6VTa
— Goal (@goal) March 4, 2019
Perubahan di tampuk pengurusan, menyaksikan Icardi menjadi nama pertama yang mahu disingkirkan oleh Conte.
EPISOD 10: Mujur ada PSG
PSG datang mendapatkan Icardi secara pinjaman dengan adanya klausa pembelian tetap.
Namun kontroversi sekali lagi timbul apabila Wanda Nara dengan terbuka menyatakan Icardi mahu bermain di Itali sekali lagi.
Namun komen Wanda Nara membuatkan PSG merasakan mereka perlu melakukan sesuatu.
Wanda Nara menegaskan bahawa Icardi masih lagi sayangkan Inter Milan dan pada masa yang sama mahu bermain di Itali dengan kelab lain – jika Inter tak nak menerimanya kembali.
Berdasarkan keadaan ketika ini, jelas sekali Antonio Conte tidak berminat untuk menyerap Icardi di dalam pasukannya.
Antara kelab yang mulai menujukkan minat ke atas Icardi adalah Napoli. Malah Napoli dijangka akan mengemukakan bidaan rasmi untuk pemain itu pada jendela perpindahan akan datang.
Malah Atletico Madrid juga dikaitkan dengan Mauro Icardi, jika mereka gagal untuk mendapatkan Edinson Cavani.
Atletico Madrid manager Diego Simeone has contacted Mauro Icardi’s agent about a deal to sign the Inter Milan striker, who is currently on loan at PSG. (Tuttosport) pic.twitter.com/9hoUF4cl3K
— Transfer News Central (@TransferNewsCen) April 18, 2020
PSG masih berminat dengan Icardi. Namun mereka mahukan jaminan daripada pemain itu bahawa beliau mahu terlibat dalam projek mereka untuk jangka masa panjang.
PSG tidak mahu, selepas mendapatkan Icardi, pemain itu pula tertarik dengan tawaran dari kelab di Itali.
Wanda Nara adalah ejen Icardi. Jadi segala kenyataan beliau dianggap sebagai kenyataan seorang ejen dan bukannya seorang isteri.
Icardi merupakan antara penggempur yang berbakat. Namun malagnya beliau kerap terlibat kontroversi di luar padang.
Masalah disiplin inilah yang membuatkan beberapa pasukan besar berfikir dua tiga kali mahu mendapatkan beliau.
Seterusnya, karenah Wanda Nara juga kerapkali meletakkan Icardi dalam situasi yang sukar. Misalnya ketika dengan Inter Milan sebelum ini.
Wanda Nara kerapkali membuat kenyataan yang mengundang kritikan dan rasa tak puas hati daripada majikan suaminya itu.
Namun karier Icardi di PSG tidak segah dia di Inter Milan.