Wanda Nara Enggan Rujuk Dengan Icardi Malah Tuntut Bil Ejen Tertunggak USD1 Juta

Ketegangan antara Wanda Nara dan Mauro Icardi terus berlaku dan kali ini ia ada kaitan dengan gabungan isu profesional dan peribadi.

Rumah tangga Mauro Icardi mulai retak apabila beberapa bulan lalu Wanda Nara telak memuat naik status yang ditujukan kepada Icardi dengan menyindir bahawa lakinya itu sedang merosakkan rumah tangga sekali lagi.

Sebelum ini pasangan ini membuatkan ramai terkejut apabila Icardi melabel isterinya sebagai anjing betina. Namun Wanda Nara mempertahankan suaminya itu dengan menganggap itu cumalah gurauan kasar. Icardi kemudian memadam statusnya itu.

Wanda Nara bukan sahaja isteri kepada Icardi, malah menjadi ejen yang sangat kontroversi dalam karier Icardi.

Pernah bergaduh dengan kelab lama Icardi sebelum ini iaitu Inter Milan. Membuatkan Inter hilang sabar dengan Icardi dan menjual pemain itu.

Seterusnya, Wanda Nara juga pernah menimbulkan kontroversi apabila secara terbuka menyatakan bahawa Icardi sentiasa merindui aksi di Itali dan mahu kembali ke Serie A.

Membuatkan PSG memberikan amaran kepada Wanda Nara agar tidak terlalu terbuka menyatakan pandangan seperti itu kepada umum. Ini kerana Wanda Nara ejen kepada pemain itu.

Dalam kenyataan terbarunya di Instagram, Wanda Nara menyindir Icardi dengan berkata: “Kau nak hancurkan keluarga kau lagi ke untuk betina jalang.”

Seolah olah ini bukan yang pertama Icardi skandal dengan wanita lain di belakang Wanda Nara.

Ramai juga netizen yang berseloroh bahawa kenyataan itu juga boleh kena kat batang hidung Wanda Nara sendiri.

Ini selepas Icardi menghancurkan keluarga rakan baiknya Maxi Lopez beberapa tahun lalu dengan menjalinkan hubungan sulit dengan Wanda Nara.

Selain itu, Wanda Nara juga beberapa kami menekan butanng unfollow dan kemudian follow balik Icardi di Instagram.

Pada masa lampau, Icardi dan Wanda Nara membina mahligai mereka dengan cukup kontroversi.

Wanda Nara ketika itu menjadi isteri Maxi Lopez, telah menjalinkan hubungan dengan Icardi. Di mana Icardi diajak oleh Maxi Lopez tinggal di rumah mereka ketika pemain Argentina itu masih mencari cari rumah baru.

Maxi Lopez menganggap Icardi seperti adiknya sendiri. Dan tak menyangka, Icardi mengambil kesempatan di atas kepercayaannya itu.

Namun Wanda Nara menafikan mereka menjalinkan hubungan sulit di belakang Lopez. Dengan menegaskan bahawa, mereka hanya bercinta selepas dia bercerai dengan Maxi Lopez.

Seterusnya Maxi Lopez pernah mendakwa Icardi dan Wanda Nara melarang anaknya bercakap dengannya di telefon membuatkan Maxi sangat kecewa.

Pasangan Mauro Icardi dan Wanda Nara dikenali sebagai ‘Icardashians’ oleh media Itali. Ini kerana mereka terlalu banyak skandal dan kontroversi.

Ini antara beberapa petikan daripada kapsyen di internet mengaitkan Icardi dan Wanda Nara sebagai Icardashians.

Beberapa tahun yang lalu Mauro Icardi, tega mengkhianati teman baiknya Maxi Lopez, ketika mereka berdua bermain di Sampdoria.

Mauro Icardi dan Maxi Lopez merupakan sahabat baik dan sangat rapat. Di mana Mauro Icardi anytime sahaja boleh datang ke rumahnya kerana kepercayaan Maxi Lopez.

Wanda Nara memang wanita yang ada ilmu pengurusan termasuk menguruskan lelaki jambu seperti Icardi. Wanda Nara berada dalam salah seorang ejen paling berpengaruh di Serie A pada satu ketika dahulu.

Dia tak takut berdepan dengan pengurusan kelab besar dan berdepan dengan ejen ejen lain dalam arena ejen bola sepak yang didominasi kaum lelaki.

Wanda Nara tuntut USD1 juta

Wanda Nara kini merupakan bekas ejen kepada Mauro Icardi. Dan dia menguruskan segala-galanya di Inter, termasuk pemergiannya ke PSG dan perpindahan terbaru ke Turki untuk menyertai Galatasaray.

Namun beberapa minggu lalu, dilaporkan bahawa Icardi telah memecat Wanda Nara.

Ianya gara gara Wanda Nara terus berkeras enggan rujuk semula dengan Icardi selepas kes pemain itu kantoi skandal dengan wanita lain sebelum ini.

Icard kemudian memuju Wanda Nara untuk kembali kepadanya. Kemelut hubungan mereka menjadi lebih panas apabila Wanda Nara tampil seksi dalam video klip artis muda L-Gante.

Selepas itu kedua duanya dilaporkan menjalin asmara. Icardi sanggup terbang ke Argentina dan merayu agar bekas isterinya itu tidak berpacaran dengan L-Gante dan kembali kepadanya demi anak anak mereka.

Wanda Nara kemudian menafikan dia bercinta dengan L-Gante dan berkata mereka cuma rapat atas dasar kerja.

Namun begitu. Wanda Nara dilaporkan semakin intim dengan penyanyi berusia 22 tahun itu dan dilihat berpegangan tangan ketika keluar baru baru ini.

Perkara itu membuatkan Icardi benar benar kecewa dan dia mahu Wanda Nara kembali semula kepadanya.

Icardi sangat sayangkan anak mereka termasuk anak daripada perkahwinan terdahulu Wanda Nara dengan Maxi Lopez. Di mana dia meletakkan nama anak itu pada tatu di badannya.

Namun ianya tak dilayang Wanda Nara.

Malah kini Wanda Nara menuntut wang komisen USD1 juta bayaran ejen daripada Icardi. Kerana menurutnya dia berhak mendapat wang itu kerana Icardi masih berada dalam agensinya ketika berpindah ke Galatasaray.

Wanda nara menanggap bahawa ianya bayaran ejen yang tertunggak yang masih tidak dilangsaikan Icardi.

Lalu dia kini menggunakan cara alternatif iaitu meminta kelab Galatsaray untuk membayar wang itu kepadanya.

Wanda Nara sudah menghantar tuntutan khas daripada Galatasaray agar memotong bayaran itu daripada gaji Icardi. Wanda Nara meminta kelab memasukkan wang ke akaunnya secepat mungkin.

Galatasaray tidak ada kepentingan untuk membayar tuntutan ejen daripada Wanda Nara kerana bayaran itu sudah diberikan sebelum ini. Cuma Icardi yang tidak memberikannya kepada Wanda Nara.

Selain itu, tindakan itu tak dipersetujui Icardi. Kerana menurut Icardi, Wanda Nara bukan ejennya lagi.

Pada ketika ini, Wanda Nara banyak mengemaskini gambar perjalanannya ke Turki di media sosial, berkongsi gambar dengan anak-anaknya.

Diandaikan bahawa dia akan melawan tuntutan kewangan yang melibatkan Icard semasa dia di Turki.

Wanda Nara dikenali sebagai seorang selebriti dan penyampai radio, model dan bermacam lagi kerja dia buat.

Dia memulakan karier glamornya pada 2005 dan berpindah ke Itali bersama Maxi Lopez pada 2011.

Mereka dikurniakan 3 cahaya mata, Valentino Gastón López Nara (lahir pada 25 Januari 2009), Constantino López Nara (18 Desember 2010), Benedicto López Nara (20 Februari 2012).

Berssama Icardi, Kak Wan melahirkan Francesca Icardi Nara (lahir 2015).