Wanita Ini Gigih Berlatih 18 Bulan & Menang Boston Marathon Dengan Menaiki Tren Serta Jalan Tikus

Kisah kemenangan Rosie Ruiz dalam Boston Marathon 1980 masih kekal sebagai salah satu penipuan paling epik dalam sejarah acara tersebut.

Boston Marathon dianggap sebagai salah satu acara sukan paling beprestij di dunia. Jadi semua orang mahu memahat nama sebagai juara dengan berlari. Tapi Rosie pula melakukannya dengan menaiki bas.

Rosie Ruiz menamatkan perlumbaan dengan hampir memecahkan rekod kejohanan acara lelaki, 2 jam 26 minit dicatatkan oleh Joe Smith pada 1941.

Rosie Ruiz menamatkan perlumbaan itu dengan catatan 2 jam 31 minit, 15 minit lebih laju daripada apa yang dia pernah catatkan di New York sebelum itu.

Jadi, pencapaian Rosie Ruiz ini dianggap sukar untuk dilakukan oleh mana-mana wanita di dunia. Wartawan mulai menganggap Rosie Ruiz sebagai salah seorang wanita paling cergas (fit) di dunia pada usia 26 tahun.

Laporan Mass Moments menulis, Rosie Ruiz tidak banyak berpeluh ketika nama beliau diumumkan sebagai pemenang. Rambutnya masih ‘sempurna’ dan tidak ada tanda-tanda dia baru sahaja lepas berlari 26 batu.

Rosie Ruiz, center, is helped by Boston police after winning the women’s division of the Boston Marathon, April 21, 1980. Ms. Ruiz had a partial unofficial time of 2 hours, 31 minutes, and may have broken the women’s record set in 1979. (AP Photo)

Ruiz kelihatan memenangi perlumbaan itu dengan mudah sekali. Selepas itu, pihak penganjur mulai mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan beliau selepas melihat keadaan Ruiz yang tidak banyak berpeluh.

Kemudian, beberapa penonton marathon di sepanjang perjalanan mendakwa mereka tidak melihat Rosie Ruiz berlari. Selepas itu, tidak ada seorang pun pelumba yang nampak kelibat Ruiz berlari.

Beberapa hari selepas perlumbaan itu, seorang penonton telah tampil memberitahu media yang dia melihat Ruiz keluar daripada satu kawasan kira-kira 1 batu daripada garisan penamat dan berlari ke garisan penamat.

Selepas beberapa siasatan dijalankan, akhirnya pingat kemenangan Ruiz ditarik balik.

Ruiz berlatih selama 18 bulan sebelum kejohanan itu dan banyak menghabiskan masa di Central Park. Dia sangat gigih berlatih.

Dalam sejarah beliau, Ruiz hanya pernah menamatkan 1 sahaja marathon di New York. Itupun beliau antara peserta tercorot.

Pelari marathon legenda, Kathrine Switzer yang menjadi wanita pertama berlumba dalam Boston Marathon telah menjadi pengulas acara itu. Kathrine menemuramah Rosie Ruiz dan bertanya tentang interval. Ruiz menjawab dalam kehairanan, “interval itu apa?”

Satu pendedahan mengejutkan apabila Rosie Ruiz dilaporkan telah menggunakan jalan pintas termasuk menaiki tren dalam pusingan kelayakan ke Boston Marathon.

Bercakap kepada New York Daily News, Ruiz mendedahkan yang beliau memberitahu penumpang tren bahawa kakinya terseliuh dan dia hanya mahu menyaksikan peserta lain menamatkan perlumbaan. Itulah yang membolehkan Ruiz layak.

Jadi, tidak mustahil Rosie Ruiz menggunakan cara yang sama untuk menamatkan perlumbaan ini pada hari perlumbaan sebenar.

Ruiz juga memberitahu New York Daily yang dia pernah meminta pihak penganjur untuk memberikan kelayakan khas kepada beliau dengan menghantar borang laporan perubatan palsu menyatakan yang dia mengalami barah otak yang kronik.

Rosie tak mengaku salah

Rosie tidak pernah mengaku bersalah dan menganggap rekodnya adalah rasmi dan tidak perlu ada pertikaian.

Rosie Ruiz tidak pernah dikenakan tindakan di atas penipuannya dalam Boston Marathon dan juga penipuan ketika New York Marathon.

Namun Ruiz telah dikenakan tindakan kerana alasan lain. Pada 1982, 2 tahun selepas skandal Boston Marathon, Ruiz telah dikenakan pertuduhan mencuri wang syarikat berjumlah $60,000.

Pada 1983, Ruiz sekali lagi didakwa atas kesalahan mencuri 2 kilo k o k a i n daripada seorang detektif ‘undercover’.

Pemantauan lebih ketat

Selepas penipuan Ruiz ini, pihak penganjur Boston Marathon telah mengetatkan lagi kawalan dan pemantauan mereka. Namun pada 1997, kes yang sama berlaku apabila ada 2 peserta cuba menipu dengan cara yang sama.

Walaupun mereka sudah mendaftar di semua ‘checkpoint’ tetapi mereka tidak muncul dalam rakaman video yang dipasang di kawasan rahsia.

Baca yang lain