Seorang wanita yang merupakan peminat jam berjenama telah menerima durian runtuh. Wanita yang bekerja sebagai jurusolek, Andrea menyatakan dia tidak mampu membeli Rolex, mamun dia diwariskan oleh moyangnya (ayah kepada datuknya) 2 utas jam Rolex sebelum dia meninggal dunia.
Dia tak tahu yang Rolex itu tiruan selama ini. Kerana jam itu nampak sangat sempurna. Malah rakan rakannya pun menganggap jam itu ori.
Dan pada suatu hari dia nak menjual Rolex itu dan berharap paling banyak pun dia dapat £600 dengan purata £200 untuk seutas.
Ibu kepada dua anak itu muncul dalam episod program realiti Million Pound Pawn. Andrea memang peminat tegar jam mewarisi minat moyangnya.
Dia turut membeli Rolex Daytona perak dengan harga £25 daripada jualan lelong tepi jalan. Dan tak pasti itu ori atau tiruan. Itupun sebenarnya dia kena tipu. Sebenarnya jam itu tiruan.
Berbalik kepada kisah dia menjual kesemua 3 jam Rolex tadi. Dia pergi ke kedai pajak gadai yang terletak di London, milik Dan Hatfield. Dia menyatakan dia berharap dapat £600 daripada jam itu. Kerana dia sangat terdesak perlukan wang ketika pandemik ini.
Dia mahu menggunakan wang itu untuk membuka studio sendiri dengan membeli kelengkapan asas.
Rupanya jam tiruan
Alangkah terkejutnya dia apabila dia diberitahu bahawa Rolex itu adalah tiruan. Dia kecewa dan tahu dia tak akan dapat apa pun.
Namun dia kemudian dikejutkan satu lagi kejutan.
Apabila dia diberitahu dua daripada tiga jam itu tetap masih sangat bernilai. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa jam yang baru disahkan tiruan tersebut mulai disebut sangat bernilai.
Dia sekarang hampir pasti mampu memiliki studio solekan sendiri hasil penjualan jam jam tiruan tersebut.
“Saya perlu memikirkan perkara yang lebih memberikan saya kestabilan selepas ini hasil daripada penjualan jam jam ini.”
“Impian saya adalah untuk memiliki studio solekan saya sendiri. Dan Saya berharap itu akan memberikan saya kestabilan.”
“Kerana pada ketika ini saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Saya cuma ada barang kemas murah. Dan saya merasakan jam itu paling berharga, mungkin kalau saya jual, saya akan dapat dalam £600 macam tu.”
Selepas Dan Hatfield memeriksa jam itu, Dan mendedahkan bahawa jam Rolex Daytona perak itu palsu dan kemasannya nampak teruk. Dia cuma terdiam.
Kemudian Dan memeriksa Rolex emas dengan batu permata. Dan berkata:
“Kalau kamu tengok bahagian permukaan jam ini ianya tidak sama dengan jam Rolex lain. Terlalu besar.”
“Tetapi walaupun Rolex ini palsu, emas ini adalah asli. Emas ini ditempa dengan kemas oleh tukangnya. Kemasan ini menunjukkan ianya menunjukkan ia ditempa pada suhu yang terbaik.”
“Sentuh sahaja pun kamu sudah rasa ini adalah emas asli.”
Andrea mulai mendapat harapan baharu dan dia berkata: “Biar betul? Tapi kamu akan meleburkan jam datuk saya ni kan? Tak tahulah.”
Dan Hatfield setuju untuk meleburkan emas itu. Dan melihat berapa nilai emas itu.
Selepas beberapa ketika Dan menimbang emas tersebut dan membuat kira kira.
“Saya akan beli ini £2,700 [sekitar RM15,260] dari kamu. Mungkin itu buat kamu lega sekarang kan?”
Woman amazed after discovering fake Rolex is worth a fortune due to real goldhttps://t.co/DWTinV2cpA pic.twitter.com/qTuLgVZcVZ
— Daily Star (@dailystar) March 3, 2021
Dan Hatfield kemudian pergi ke Rolex – jam poket – satu lagi dan kali ini nilainya lebih tinggi iaitu £2,800 [sekitar RM15,820]. Keseluruhannya Dan Hatfield menawarkan £5,500 ataupun sekitar RM31,091.77 untuk emas tersebut.
Andrea terkedu dan rasa tak percaya. Andrea berkongsi detik itu: “Itu benar benar membantu saya. Saya masih tak percaya. Saya ingat saya tak akan dapat apa apa hari tu.”
“Saya terkesima dan tak mampu berkata kata buat pertama kalinya. Saya sangat gembira.”
“Sudah tentu saya berasa sedih melihat jam-jam tersebut akhirnya ‘pergi’ dan lebur. Kerana jam jam itu sudah bersama saya sekian lama. Saya tahu atok akan menoleh ke bawah dan tersenyum.”