Wanita Meninggal Dunia Kerana Doktor & Polis Bertengkar Dahulu, Melengahkan Rawatannya

Dalam satu lagi kes kecuaian perubatan di India, seorang wanita berusia 48 tahun yang mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya di daerah Badaun UP.

Dia disahkan meninggal dunia setelah masa yang sangat berharga setiap detik, dibazirkan. Daripada menggunakan masa yang ada itu untuk terus merawat, sebaliknya doktor memilih untuk berbalah dahulu dengan polis.

Membuatkan rawatan ke atas wanita itu dilengahkan. Dan akhirnya dia meninggal dunia kerana tak dirawat secepat mungkin.

Pentadbiran hospital mengatakan siasatan akan dilakukan untuk melihat kejadian tersebut.

Doktor di pusat kesihatan masyarakat itu didakwa menolak untuk merawatnya kerana dia ‘sibuk mengangkat telefon’ dan kemudian bertengkar dengan seorang polis, lapor Times of India.

Menurut laporan, perbalahan itu berterusan selama 20 minit ketika wanita itu terbaring di atas stretcher.

Dinyatakan bahawa wanita itu mati kerana terlalu lama tidak dirawat di mana dia seharusnya diberikan rawatan segara.

Orang kata masa itu emas dan sangat berharga. Tapi itu tidak berlaku pada hari itu.

Video bertikam lidah selama dua minit juga menjadi viral di mana doktor dan pembantunya turut dilihat bertengkar antara satu sama lain.

Dikatakan pada masa itu wanita itu masih hidup tetapi ketika doktor mula merawatnya, dia meninggal dunia akibat cedera.

Anggota polis tersebut memberitahu Times of India:

“Tingkah laku doktor itu tidak ada perikemanusiaan dan tidak dapat diterima. Ketika saya memintanya segera merawa dan melihat pesakit yang keadaannya semakin kronik, dia mengatakan kes kemalangan terlalu biasa di kawasan ini dan tidak perlu risau. ”

Badaun SSP Sankalp Sharma membangkitkan perkara itu kepada majistret daerah Kumar Prashant.

Beliau memberitahu Times of India tindakan selanjutnya akan diambil setelah melihat laporan autopsi. “Sekiranya kematian itu disebabkan kecuaian, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Pihak hospital juga sudah dimaklumkan tentang perkara itu. Mereka berjanji akan mengambil tindakan tegas sekiranya doktor tersebut benar benar melakukan kesalahan yang tidak boleh diterima itu.

Wanita itu, yang dikenali sebagai Ramwati, sedang menunggang motosikal dengan anak lelaki dan ada saudaranya ketika mereka dilanggar kenderaan yang tidak dikenali di daerah Bilsi di daerah Badaun.

Ketiga-tiga mereka cedera di tempat kejadiuan. Anak saudaranya mengalami kecederaan parah dan dibawa ke hospital swasta sementara dia dan anaknya dibawa ke pusat kesihatan awam / kerajaan negeri.