Seorang wargaw emas berusia 73 tahun rugi RM61.5K gara gara percaya dengan kekasih yang ditemuinya menerusi laman media sosial Facebook.
Dalam laporan oleh bernama, mangsa dilaporkan teperdaya dengan kata-kata manis lelaki yang hanya dikenalinya di laman sosial Facebook hanya beberapa bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 73 tahun mendakwa mula berkenalan dengan suspek sekitar April dan hubungan itu semakin rapat sehingga menjadi pasangan kekasih.
“Mangsa mendakwa pada penghujung November lepas, suspek menyatakan hasrat untuk meminjam wang sebanyak RM100,000 kerana berdepan masalah kewangan dan memberi jaminan akan memulangkannya kembali apabila keadaan semakin baik.
Seterusnya, Mohd Wazir menyatakan bahawa mangsa memasukkan wang tunai menerusi mesin deposit tunai / CDM dalam 4 transaksi yang berasingan.
Pahang Commercial CID chief Superintendent Mohd Wazir Mohd Yusof said the 73-year-old victim met the suspect on social media in April and it led to a romantic relationship with the suspect.https://t.co/Oi1ADyfB9n
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 19, 2020
“Atas dasar percaya, mangsa meminjamkan wang RM61,500 yang dimasukkan ke dalam akaun diberikan suspek menerusi mesin deposit tunai (CDM) sbanyak empat kali dengan transaksi terakhir dibuat pagi semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa hanya mengetahui dirinya ditipu selepas dihubungi pihak bank pada petang semalam, bagi membuat semakan selepas melihat transaksi pengeluaran simpanan dalam jumlah yang besar.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bentong kira-kira 162 kilometer dari sini semalam dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Berhati hatilah di media sosial. Jangan mudah teperdaya. Sekarang ni banyak sangat kes tipu ni menggunakam modus operandi yang sama.
Di mana pada 2018, kes serupa berlaku di mana warga emas ditipu sebanyak RM34k oleh kenalan yang baru dikenali di Facebook.
#AWANInews #AWANI745 Warga emas rugi lebih RM34,000 ditipu rakan baru dikenal di Facebook https://t.co/WL2s2PNIrL pic.twitter.com/ehrsSvalr8
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) September 4, 2018
Laporan Bernama menyebut:
Niat seorang wanita warga emas ingin membantu rakan yang baru dikenalinya menerusi laman sosial Facebook membawa padah apabila dia ditipu sehingga kerugian RM34,101, pertengahan bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 60 tahun itu mendakwa mahu membantu suspek yang dikenalinya sebagai Ying Jimmy, kononnya dari Amerika Syarikat untuk memulakan perniagaan di sini.
“Suspek yang berkenalan dengan mangsa sekitar Julai lalu mendakwa menyerahkan US$1 juta kepadanya melalui penghantaran bungkusan yang dijangka tiba di Malaysia pada 15 Ogos lalu.”
“Mangsa kemudian dihubungi oleh seorang wanita meminta bayaran RM4,601 kononnya sebagai bayaran insurans bungkusan itu pada 15 Ogos, diikuti dengan bayaran RM18,500 untuk urusan pengisytiharan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.”
Mohd Wazir berkata mangsa kemudian menerima panggilan telefon lagi untuk meminta bayaran selanjutnya atas pelbagai alasan kononnya termasuk urusan peguam sehingga menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM34,101.