Pertarungan acara 400 meter lari berhalangan atau lari berpagar sebelum ini mendapat perhatian ramai di mana ia digelar sebagai perlumbaan terbaik abad ini. Ini selepas dua orang pelumba berjaya memecahkan rekod dunia.
Karsten Warholm kemudian menyindir kasut yang digunakan oleh pesaingnya yang berada di tangga kedua iaitu Rai Benjamin. Warholm menganggap kasutnya lebih bagus daripada kasut tahi kerbau (bulls***) yang digunakan Benjamin.
Kasut yang digelar super shoes keluaran Nike sekali lagi menimbulkan kontrroversi. Di mana beberapa atlet berjaya memecahkan rekod dunia dengan kasut yang digunakan mereka. Kasut tersebut diperbuat daripada fiber karbon dan tapak dengan pod udara.
Ketua pemasaran Nike Air Zoom Maxfly sudah bersedia dengan kecaman itu sebelum kejohanan bermula lagi. Lebih tepat sejak tahun lalu sebelum olimpik ditangguhkan lagi.
Dan sekarang, pemenang emas 400m lari berhalangan, Karsten Warholm melakukan serangan verbal secara peribadi ke atas kasut yang dianggapnya sebagai tahi kerbau walaupun media melabel itu adalah ‘greatest Olympic races of all time’.
Sebaliknya bagi Warholm itu lebih kepada perjuangan menentang penipuan. Warholm berjaya memecahkan rekod dunia miliknya sendiri.
Selepas menang acara 400m dengan rekod dunia, Warholm memuji kasutnya Puma Evospeed yang berharga $236 sahaja. Puma EvoSpeed Future Faster+ merupakan kasut spikes [yang ada paku paku tu], hasil kerjasama Puma dengan Mercedes F1 team.
Namun Rai Benjamin dari AS memakai Nike Maxfly berharga $229 berada di tangga kedua dengan catatan 46.70 saat juga memecahkan rekod dunia oleh Warholm sebelum ini yang dicipta di Oslo tahun lalu.
Warholm lancar perang ke atas Nike
Ramai pakar berpendapat bahawa, kelajuan atlet hari ini lebih kepada kelengkapan yang mereka gunakan.
Warholm berkata: “Kalau kamu letak trampolin pad kasut itu, saya rasa itu adalah bull***”
“Saya rasa ianya telah merompak kredibiliti dari suka. Saya tidak nampak perlunya untuk kami meletakkan sesuatu di dalam kasut larian kamu.”
“Apa yang saya boleh katakan, kasut yang saya pakai ini adalah hasil kerjasama Puma dan pasukan F1 Mercedes. Kami cuba membuat kasut yang benar benar ada kredibiliti yang boleh.”
“Ya kasut kami pun berasaskan plat karbon, dan kami cuba membuatknay senipis yang mungkin. Kerana saya nakkan rekaannya begitu.”
“Sudah tentunya, teknologi akan sentiasa seiring dengan kita, namun saya juga nak cuba meminimumkan tahapnya, sehingga kita benar benar mendapat keputusan sebenar. Ini yang penting.”
Ini bukan perkara baru, kerana isu Nike Vaporfly pernah menjadi kontroversi pada 2016. Ramai pelumba lain turut mempersoalkan kasut tersebut.
Dalam temasya Olimpik 2016 di Rio, sehingga ada acara di mana kesemua pemenang pingat menggunakan Nike Vaporfly 4%. Dan kasut itu menguasai kejohanan besar olahraga pada 2018.
Siri Vaporfly ini telah meningkatkan keupayaan atlet kira kira 3%. Sejak 2016, Vaporfly menaja 50 atlet terbaik dan data menunjukkan mereka meningkatkan prestasi kepada 2% dan ianya kerana plat karbon yang ada.
Perlu ada undang undang mandatori
Profesor Yannis Pitsiladis mengakui teknologi kasut ini memberikan atlet perbezaan sehingga 10% daripada prestasi purata mereka sebelum ini.
Beliau sendiri mempersoalkan penggunaan teknologi yang terlalu memberikan perbezaan ini kepada atlet.
“Apa yang kamu rasa kalau perlumbaan itu ditentukan oleh kasut yang mereka pakai? Kamu tahu siapa akan menang dan siapa akan mara?”
“Atlet layak ke pusingan seterusnya kerana mereka ada super shoe. Dan ramai atlet yang tidak menggunakan kasut tersebut gagal mara.”
Pitsiladis menganggap perkara ini ibara doping teknologi. Dan mendesak peraturan harus dibuat agar kasut tidak menjadi penentu kepada kehebatan atlet.
Lord Sebastian Coe, bekas pemenang olimpik sebelum ini sudah meramalkan akan banyak rekod dunia dipecahkan kerana kasut. Beliau berharap rekod dunia itu sebaik baiknya dipecahkan kerana atlet itu benar benar layak dan bukan kerana bantuan kasut yang melampau.
4 tahun selepas olimpik Rio, nike memperbaiki lagi teknologi kasut mereka yang menjadi lebing ringan dan responsif.
Menurut laporan Jonathan Taylor, pengkaji sukan di Teesside University, beliau melabel revolusi kasut ini ibara ‘technological arms race’.
Seperti dinyatakan pakar, kasut kasut Nike ini telah menambahkan prestasi atlet sekitar 3% berbanding kasut biasa.
Pada 2020, satu peraturan dikeluarkan tentang ketebalan tapak kasut dan juga ketebalan span spring yang ada pada kasut atlet.
Ini selepas semakin banyak syarikat kasut mulai meniru pembuatan Nike yang menggunakan span spring (springy foam) dan juga plat karbon.
Regulasi baharu itu menetapkan, ketebalan lapik pada tapak kasut itu tidak boleh lebih dari 200mm untuk acara pada jarak sehingga ke 400m dan 25mm untuk jarak lebih dari itu.
Namun ramai pakar berpendapat peraturan ini sangat kabur dan mudah dimanipulasi. Mereka mendesak agar penggunaan pod udara / air pods seharusnya diharamkan sama sekali dalam kasut spikes.
Warholm yang mengkritik kasut Benjamin mempertahankan kasut Puma dipakaiknya. Kerana menurutnya, kasut Puma EvoSpeed Future Faster+ direka untuk memindahkan tenaga dan memperbaiki kelajuan atlet di atas trek.
Walaupun masih masing memakai plat karbon, Warholm mengutuk kasut Rai Benjamin kerana ada pod udara yang membolehkan pelumba itu melonjak lebih jauh. Oleh sebab itu Warholm menuduh kasut Benjamin ibarat ada trampolin di dalamnya.
Keluhan Bolt
Sebelum ini bintang legenda Usain Bolt telah mengkritik Super shoes ini dan menyatakan bahawa rekod rekod yang dicipta dengan kasut itu adalah tidak adil berbanding dengan atlet pada era sebelumnya.
Bolt bercakap kepada The Guardian: “Ketika saya diberitahu tentangnya, saya seolah olah tidak percaya apa yang sudah berlaku. Di mana kita benar benar mengubahsuai kasut spikes itu ke tahap kita memberikan kelebihan kepada atlet untuk berlari lebih laju.”
“Ini pelik dan tak adil untuk ramai atlet lain, kerana saya tahu di masa lalu, mereka pernah mencuba melakukannya tapi pada masa tu mereka diberitahu: “Tak boleh, kamu tak boleh mengubahsuai kasut spikes kamu.”
Rujukan