Pierre Emerick Aubameyang secara rasminya meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona. Perpindahan tersebut dimeterai ketika deadline day. Di mana, saga perpindahan Aubameyang ke Barcelona agak rumit tetapi berjaya juga diselesaikan.
Aubameyang yang sudah lama tidak beraksi untuk Arsenal, merasa bersalah kerana tidak dapat membantu rakan rakan sepasukannya dalam beberapa minggu terakhir ini. Auba juga menyatakan bahawa dia akan sentiasa mengingati detik dia menjadi kapten salah sebuah kelab terbesar di eropah tersebut.
Arteta memutuskan untuk melucutkan jawatan kapten daripada Aubameyang dan menyisihkan pemain tersebut kerana perlanggaran disiplin. Dan tidak memberikan butiran bila pemain itu akan kembali. Ianya membawa kepada spekulasi bahawa karier Aubameyang di Arsenal sudah berakhir.
Dan ianya benar benar berakhir. Di mana Aubameyang diberitahu bahawa dia dibenarkan untuk keluar pada Januari. Dan kelab cuba mencari pembelinya. Selepas dikaitkan dengan beberapa kelab di eropah dan Arab. Auba akhirnya ke Barcelona yang sedang mencari penyerang baharu bagi menggantikan Sergio Kun Aguero yang sah bersara daripada bola sepak kerana masalah jantung.
Salam perpisahan Aubameyang
Aubameyang dengan nada sayu menulis di IG milik beliau:
“Kepada penyokong Arsenal.”
“Terima kasih kerana membuatkan London menjadi rumah untuk diri saya dan keluarga selama 4 tahu. Kita melalui suka duka bersama dan sokongan anda semua adalah segalanya buat saya.”
“Berpeluang memenagi trofi dan diberikan penghormatan menjadi kapten kelab ini adalah sesuatu yang akan selamanya di hati saya.”
“Saya sentiasa fokus dan komited 100% dalam melakukan segalanya yang saya mampu untuk kelab ini, maka, meninggalkan kelab ini tanpa selamat tinggal sebenar sangat sangat menyakitkan saya. Namun inilah bola sepak.”
“Saya sedih kerana tidak berpeluang untuk membantu rakan rakan sepasukan saya dalam beberapa minggu ini, namun saya sentiasa menghormati kelab ini dan dengan iklas mahu mengucapkan kepada penyokong selamat maju jaya dan semoga beroleh banyak kejayaan di tahu tahun mendapat.”
“Sayang, Auba!”
Sertai Barcelona secara percuma
Pierre-Emerick Aubameyang telah meninggalkan kelab atas persetujuan bersama. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Arsenal. Oleh sebab itu Barcelona berjaya mendapatkan Aubameyang secara percuma walaupun ada baki 18 bulan dalam kontraknya bersama Arsenal.
Rundingan awalnya agak rumit kerana Barcelona mahu meminjam Aubameyang namun tidak mahu membayar penuh gaji pemain itu ketika tempoh pinjaman. Arsenal awalnya membatalkan rundingan kerana tidak mahu ada kaitan dengan gaji Aubameyang.
Akhirnya ketiga tiga pihak menemui solusi, di mana Arsenal dan Auba bersetuju untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama.
Seterusnya Auba akan menjadi ejen bebas dan dia sendiri berbincang syarat baharu dengan Barcelona. Aubameyang dikatakan sanggup menerima gaji yang jauh lagi rendah di Barcelona.
Thank you for everything, @auba! 🙌#Aubameyang #AFC #Arsenal pic.twitter.com/ODCnAD1EaF
— AFTV (@AFTVMedia) February 1, 2022
Auba menyertai Arsenal dari Borussia Dortmund pada Januari 2018 dan memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris pada musim penuh pertamanya pada 2018/19.
Aubameyang juga telah menjaringkan kedua-dua gol dalam kemenangan dalam perlawanan akhir Piala FA 2020 ke atas Chelsea, dan menjaringkan gol sekali lagi di Wembley ketika Arsenal memenangi Perisai Komuniti FA menentang Liverpool pada permulaan musim lalu.
Aubameyang telah menjadi kapten Arsenal sejak dua setengah musim yang lalu dan membuat 163 penampilan, menjaringkan 92 gol dalam semua pertandingan untuk The Gunners.
Pemain berusia 32 tahun itu dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik pada 2015 dan memenangi DFB-Pokal (Piala Jerman) pada 2017 semasa beliau bersama Borussia Dortmund. Kelab beliau sebelum ini ialah AC Milan, Dijon (pinjaman), Lille (pinjaman), Monaco (pinjaman) dan Saint-Etienne. Di pentas antrabangsa, Aubameyang mewakili Gabon sebanyak 72 kali setakat ini.