Warner Bros. Filem Conjuring Ketiga Tayang September 2020

Warner Bros. sudah mengumumkan tajuk untuk filem Conjuring yang seterusnya ataupun sekuel ketiga filem seram tersebut.

Conjuring memiliki peminat tersendiri yang ramai di seluruh dunia.

Untuk filem ketiga tersebut, ianya berjudul The Conjuring: The Devil Made Me Do It.

Ianya akan menemui peminat naskah seram pada 11 September 2020 akan datang. Ianya adalah sebelum Halloween.

Patrick Wilson dan Vera Farmiga akan terus menjadi sandaran utama menjadi penyiasat paranormal sebagai Ed dan Lorraine Warren, seperti 2 filem sebelum ini.

Vera Famiga gembira dengan kesempatan beraksi sekali lagi dalam filem Conjuring.

Beliau berkata: “Conjuring 3 akan datang, dan ia adalah unik.”

“Ia akan menjadi sesuatu yang besar. Jadi, untuk saya, melihat kembali karakter [dalam filem Annabelle Comes Home], ibarat satu latihan dan melakukan beberapa arpeggios sebelum menyelam lebih dalam untuk naskah seterusnya.”

“Sebab filem yang seterusnya adalah yang sangat besar.”

“Sudah tentu, saya sentiasa gembira untuk bersama dengan beliauy [Wilson], dan berada di sekitar set adalah detik yang saya sukai.”

Sementara itu untuk pengarahan, Michael Chaves akan mengambil alih daripada  James Wan.

The Conjuring Universe setakat ini sudah meraih kutipan sebanyak $1.9 billion di box office seluruh dunia.

Awal tahun ini The Curse of La Llorona berjaya berada di puncak box offic pada minggu Easter.

Annabelle Comes Home merupakan yang terbaru daripada francais filem ini, berjaya melakukan debut cemerlang, di tempat kedua di belakang Toy Story 4 pada Jun.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di