Wartawan Argentina Sekali Lagi Tegaskan Messi Tak Akan Datang Ke Indonesia Sebab Nak Bercuti

Wartawan Argentina, Gaston Edul sebelum ini melaporkan bahawa dia mendapat maklumat eksklusif bahawa Lionel Messi tak akan datang ke Indonesia atau bermain menentang skuad Garuda pada minggu perlawanan FIFA.

Seterusnya ada juga lapran menyebut bahawa Messi dan beberapa pemain bintang lain tidak akan diturunkan di Jakarta atas dasar penggiliran skuad. Ini adalah peluang Scaloni menilai beberapa pemain muda atau pemain baru.

Perkara yang menarik perhatian adalah Messi yang dikatakan tidak akan bermain di Indonesia. Menurut Gaston Edul.

Dan terbaru, dia melaporkan perkara yang sama menjelang beberapa hari sebelum aksi di Jakarta.

Menurut Gaston Edul, Lionel Messi hanya akan terlibat dalam satu perlawanan antarabangsa pada kali ini iaitu menentang Australia di China.

Dan selepas itu bintang Argentina itu akan bercuti bersama keluarganya. Lebih kepada untuk menyelesaikan beberapa urusan dengan keluarganya yang berpindah ke Miami.

Messi menyertai Inter Miami secara percuma dari PSG.

Sebelum ini pihak PSSI menyatakan bahawa laporan Messi tak akan bermain di Indonesia adalah khabar angin.

Di mana mereka tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada AFA.

Sebenarnya, AFA tidak perlu pun memberitahu PSSI kalau pengurus memutuskan untuk tidak menurunkan Lionel Messi sekalipun.

Selepas laporan terbaru daripada Gaston Edul, Instagram Messi diserang oleh warganet dari Indonesia.

Ada yang kecewa kerana Messi sanggup bercuti pada hari perlawanan menentang Indonesia. Sedangkan puluhan ribu peminat sudah bersiap sedia membanjiri Stadium Gelora Bung Karno untuk melihat Messi dan Argentina.

Ada yang menganggap Argentina tanpa Messi ibarat lauk tanpa garam.

Ianya tidak lengkap!

Jualan tiket aksi antara Argentina dan Indonesia sudah sold out gara gara Messi. Dan kini ramai yang dilaporkan mahu menjual semula tiket mereka.

Ada yang menyatakan mereka membeli tiket dan penginapan yang mahal gara gara mahu melihat Messi.

Diharap AFA mempertimbangkan untuk memujuk Messi agar turun bermain menentang Indonesia.

Sebelum ini Erick Thohir pernah menyatakan, aksi Argentina vs Indonesia lebih berharga daripada Coldplay.

Kerana sukar untuk melihat Argentina yang merupakan juara dunia, turun ke Jakarta bersama Messi lagi selepas ini.

Sedangkan Coldplay boleh datang kerap, berbanding melihat juara dunia Argentina datang yang mungkin akan berlaku 20 atau 30 tahun sekali kata beliau.