Wartawan China Label Pemenang Emas Ini Bukan Wanita Sebenar, Undang Kemarahan Netizen

Syarikat tv kerajaan China, CCTV telah dikritik hebat selepas hos rancangan olimpik mereka melabel pemenang emas acara lempar peluru sebagai bukan wanita sebenar ataupun wanita bersifat lelaki. Sambil bertanya, adakah atlet itu sudah sedia untuk merancang agar menjadi wanita sebenar selepas ini?

Gong Lijiao, 32, menang emas acara lontar peluru pada minggu lalu dengan catatan peribadi terbaik 20.58 meter. Itu adalah pingat emas pertama China dalam acara padang. Juga menjadi emas pertama acara lontar peluru yang dimenangi atlet Asia.

Pencapaiannya seharusnya dibanggakan oleh media China. Namun CCTV membuat kontroversi apabila bergurau senda melabel Gong sebagai nama je wanita tetapi hakikatnya dia lelaki, merujuk kepada fizikal dan penampilan Gong.

Gong tidak melatah menjawab wartawan itu dan berkata: “Mungkin luaran saya nampak seperti lelaki, tetapi di dalam, saya masih seorang wanita.”

Tidak terhenti di situ, seorang lagi wartawan wartawan itu yang bangga soalan rakannya dijawab dengan sopan kemudian bertanya: “Adakah seleepas ini kamu merancang untuk hidup sebagai wanita sebenar?”

Tidak pasti apa motif dia bertanya begitu. Soalan itu mulai membuatkan Gong agak terkilan dan sedikit terasa hati. Kerana wartawan lebih banyak bertanya soal penampilan dan perwatakannya berbanding kejayaannya yang gemilang.

Wartawan itu bertanya: “Oleh kerana kamu kena keras macam lelaki untuk bermain sukan lontar peluru, adakah kamu rasa boleh jadi diri sendiri [jadi wanita] selepas ini?”
soal dia kerana Gong sebelum ini menyatakan dia masih seorang wanita.

Gong menyindir wartawan itu bahawa, kerana pengorbananannya kepada negaralah dia menjadi berfizikal seperti lelaki. Sambil berkata, jika selepas ini dia sudah tak perlu berlatih lagi, baru dia boleh menurunkan berat badannya dan memikirkan soal berkeluarga.

Gong dengan wajah kurang selesa menjawab: “Umm, mungkin, nanti saya semak balik jadual saya. Jika saya tidak berlatih, saya mungkin akan dapat mengurangkan berat badan, kemudian baru saya berkahwin dan mendapat anak. Ya, itulah perjalanan hidup yang kita semua harus lalui.”

Wartawan yang pertama tadi kemudian bertanya lagi: “Adakah kamu sudah ada teman lelaki? Jika belum ada, macamana ciri ciri kamu cari?”

Belum sempat Gong menjawab, wartawan itu terus memperlekeh Gong dengan berkata: “Kalau teman lelaki kamu buat silap, adakah kamu akan menggusti dia?”

Gong hanya tersenyum dan tidak tahu nak menjawab apa lagi. Ternyata soalan seperti itu tak kena tempat dan masa. Gong yang mahu mengucapkan terima kasih kepada negaranya pun terbantut.

Netizen di China dan seluruh dunia ternyata kecewa dan marah dengan tindakan wartawan itu.

Salah seorang berkata: “Ada sesetengah orang hanya kisah pasal fizikal Gong dan uterus dia. Sedangkan dia berada di trek menghidupkan impiannya.”

“Dia nak kahwin atau tak terpulang, tetapi beberapa lelaki yang ada dalam temuramah tadi tidak layak untuk dia,” merujuk kepada beberapa wartawan yang berada dalam sesi itu.

“Dia terlalu bagus untuk lelaki yang mulut celupar seperti itu. Wanita berhak untuk mengejar impian mereka bukannya sekadar memikirkan soal kahwin.”

Gong dikatakan membalas komen tersebut: “Ini menggambarkan semua yang saya rasa. Terima kasih.”

Sebelum ini, media berbahasa Inggeris di China, CGTN memaparkan satu sesi khas kepada Gong tentang jerih payah dilalui Gong dalam latihan dan hidupnya terutama sekali berlatih di musim pandemik.

Namun malang sekali wartawan wartawan tadi tidak menggariskan perkara itu.

Seorang lagi netizen berkata: “Gong seharusnya menjadi wira negara dan bukannya dilayan dengan mengaibkan dia seperti itu. Shame on you!”

Kegilaan olimpik kali ini

Itulah kegilaan dunia pada hari ini. Wanita sebenar yang memenangi emas acara wanita dimalukan di hadapan tv. Jantan yang bertanding acara wanita pula dijulang sebagai wira.

Laurel Hubbard dari New Zealand dianggap pejuang sejati oleh ramai pihak kerana berjaya menyertai Olimpik dengan status trans. Daripada lahir lelaki kepada atlet bertanding acara wanita.

Sebelum ini, seorang atlet papan selaju pula enggan digelar lelaki atau wanita.

Alana Smith menjadi atleh non binary ataupun tidak tertakluk kepada mana mana gender pertama bertanding di Olimpik.

Smith yang berusia 20 tahun mewakili AS dalam acara skateboarding wanita pada minggu lalu.

Pengulas merujuk Alana dengan she atau he. She merujuk kepada panggilan wanita. Manakala he adalah lelaki. Mereka cuba menggunakan he kerana menganggap Alana bertukar dari wanita kepada lelaki. Dan pada masa yang sama menggunakan she untuk merujuk kepada dia bertanding dalam acara wanita.

Ramai pejuang kempen pelangi membidas pengulas yang menurut mereka sangat blur dan dituduh lembab kerana tidak mengkaji sebaiknya bagaimana seseorang non binari itu dipanggil.

Menurut pejuang pejuang ini, orang non binari biasanya ada meletakkan pin pada baju atau mana mana kelengkapan badan mereka seperti beg untuk merujuk kepada panggilan apa yang mereka mahu dipanggil.

Dalam kes Alana Smith, dia menulis kata ganti nama they atau atau them pada papan selajunya. Namun pengulas ternyata tidak faham bahawa itulah tempat untuk menentukan panggilan kata nama mereka.

Pengulas sukan Todd Harris dan Paul Zitzer dari NBC Sports dan Marc Churchill dan Ed Leigh untuk BBC terus menyalahgunakan kata ganti nama untuk atlet sepanjang komen mereka.

Sebagai tindak balas terhadap kekurangan penyelidikan iru, Britni de la Cretaz, seorang wartawan trans yang berpangkalan di AS, membuat komen yang pedas mengenai pengulas menerusi Twitternya:

“Ini adalah penyelewengan [malpractice] dalam kewartawanan. Tidak seharusnya ada lagi yang keliru dalam hal hal seperti ini apabila sudah berada di pentas antarabangsa seperti ini.”

“Sukan jelas tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadap atlet bukan binari.”

“Sorakan kepada Alana Smith, atlet non binari secara terbuka yang pertama yang mewakili A.S. dalam Sukan Olimpik.”

Ramai juga yang lain turut menghentam dan memberikan komen panas kepada pengulas dan penyiar ketika siaran langsung itu. Mereka mendesak pihak penyiar melakukan kajian dan memahami stiuasi Alana dan mula menggunakan kata ganti yang betul.

Sayangnya, nampaknya mesej ini tidak sampai kepada pengulas yang terus menggunakan kata ganti yang tidak betul.

Baca yang lain