Wartawan Dedah Gavi Tak Ikat Boot Kerana Dia Tak Reti Bukan Sebab Ritual Atau ‘Fancy’

Gavi menjadi satu lagi nama daripada projek La Masia yang meningkat naik dan menjadi perhatian dunia.

Pada usianya yang muda, Gavi sudah menerima panggilan skuad kebangsaan.

Beliau memiliki keupayaan gelecekan yang luar biasa ketika di atas padang. Keyakinan yang ada pada anak muda ini memang sangat luar biasa.

Namun seperkara yang menarik tentang Gavi adalah, dia seringkali bermain dengan tali kasutnya tak diikat.

Ramai peminat berteori bahawa Gavi sebenarnya saja membiarkannya atas sebab fancy ataupun nak cipta trend.

Ada juga peminat yang merasakan pemain berusia 17 tahun itu ada kepercayaan karut dia sendiri. Dan ianya dianggap ritual peribadi Gavi dalam setiap perlawanan untuk mencari ong.

Sebenarnya tidak! Ianya bukan begitu.

Gavi tak reti ikat tali kasut

Seorang wartawan yang sudah lama mengikuti perkembangan graduan La Masia itu mendedahkan bahawa, Gavi sebenarnya pemain yang tak reti mengikat tali kasut.

Biasanya, rakannya yang akan membantu dia mengikat kasutnya. Namun selepas beraksi di atas padang, kadangkala tali kasutnya terbuka. Dan Gavi hanya membiarkannya.

Jika dia cuba mengikat kasut itu, ianya akan mengambil masa yang sangat lama dan menyusahkan rakan rakannya yang lain.

Kerana Gavi mahu membantu rakannya menyerang dan bertahan sebagai satu pasukan.

Wartawan Marc Marba Prats berkata, perkara itu bukan baru untuk Gavi dan mereka yang mengenalinya di La Masia.

Marc berkata:  “Gavi sudah bermain dengan tali kasut terbuka sejak dari usia awalnya. Ianya kerana dia tak reti nak mengikat tali tersebut.”

“Dia jenis yang tak kisah untuk bermain dengan tali kasutnya tidak diikat.”

Marc turut menyatakan bahawa, di La Masia, rakan rakan Gavi semua dah tahu pemain itu tak tahu mengikat tali kasut dan seringkali menjadi mangsa usikan mereka.

Oleh itu ramai rakan rakan dari akademi yang memahami Gavi dan cuba membantu pemain itu ketika ada kesempatan.

Misalnya, baru baru ini, rakan Gavi dari La Masia, Nico Gonzalez memuat naik gambar IG menujukkan dia sedang membantu Gavi mengikat tali kasutnya.

Gonzalez menulis kapsyen: “Dah tiba masanya untuk kau belajar.” ditambah dengan emoji tepuk dahi.

Nicolas Gonzalez ternyata geram dengan rakannya itu yang tak reti reti ikat kasut sendiri.

Namun Gavi sebenarnya boleh memilih boot yang tanpa tali. Di mana banyak edisi boot yang ada pada hari ini berkonsepkan sarung terus tanpa menggunakan tali.

Jadi lepas ni tak perlulah dia pening memikirkan pasal tali kasut yang terjuntai tu lagi.

Ini kerana ada risiko juga kalau tali tu dipijak lawan atau kena pijak diri sendiri dalam keadaan Gavi sedang memecut. Boleh menyebabkan risiko kecederaan tu.

Gavi kini menjadi pemain penting dalam pasukan Xavi. Beliau sudah melakukan 21 penampilan bersama skuad senior Barcelona.

Barca sudah siap sedia untuk menawarkan kontrak jangka panjang kepada pemain berdarah Barcelona itu. Kerana Gavi dianggap sebagai permata yang lahir daripada sistem pembangunan kelab.

Koresponden terkemuka, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa pasukan Barca sedia menawarkan kontrak selama 5 tahun dengan klausa kenaikan gaji setiap musim yang akan diterima pemain itu.

Namun beitu, Gavi harus bersetuju untuk memansuhkan klausa pelepasan dalam kontraknya ketika ini yang bernilai €50 juta. Kerana klausa itu sangat murah berdasarkan kualiti Gavi.

Beberapa kelab Eropah yang lain tertarik dengan pemain muda tersebut termasuk Liverpool, Chelsea dan Bayern Munich.