Wartawan Dedahkan Maguire Hilang Mandat Daripada Pemain United Yang Lain

Laporan dari UK menyebut bahawa, Harry Maguire sudah hilang mandat dari kalangan pemain pemain Man United sebagai kapten.

Maguire agak marah dan kecewa ketika dia mengetahui perkara tersebut.

Malah dalam kenyataan rasmi dia di Twitter, Maguire menegaskan bahawa dia mendapat tahu alasan utama Ten Hag melucutkannya daripada kapten, membuatkan dia benar benar kecewa.

Pemain pemain Man United tidak mahu berkaptenkan Harry Maguire yang dibeli dengan nilai £85 juta pada 2019.

Maguire dianggap tidak cukup bagus untuk menjadi kapten pasukan segah Manchester United. Dia dilantik pada Januari 2020 sebagai kapten sepenuh masa Man United selepas pemergian Ashley Young.

Dia sentiasa menjadi nama kurang popular di kalangan peminat Man United untuk jawatan kapten. Terutama sekali ketika kelab itu memiliki pemain seperti David De Gea, Bruno Fernandes dan kepulangan semula CR7 sebelum ini.

Maguire berjaya mengekalkan jawatan kapten itu di bawah Ralf Rangnick. Di mana Rangnick yang ketika itu bertugas sebagai interim memutuskan untuk tidak mengganggu jawatan kapten.

Menyerahkannya sendiri kepada Erik Ten Hag yang akan tiba di United pada musim berikutnya.

Kedatangan Erik Ten Hag, tidak membuatkan Maguire diganti serta merta. Di mana Ten Hag ada keyakinan ke atas Maguire akan bangkit.

Erik Ten Hag malah menentang usaha menjual Maguire pada masa itu.

Namun hanya selepas beberapa perlawanan awal musim 2022/23, Maguire terus kehilangan tempatnya.

Dia gagal untuk menunjukkan prestasi yang dimahukan Ten Hag.

Akhirnya dia menjadi pilihan terakhir dalam senarai bek tengah. Di belakang Luke Shaw sekalipun yang merupakan bek sayap.

Di bawah era Maguire sebagai kapten, Man United berjaya menamatkan kemarau trofi dengan menjulang Piala Carabao musim lalu. Namun peranannya dalam piala tersebut sangat sedikit. Sama juga ketika di pertandingan lain.

Bruno Fernandes membawa Maguire menjulang piala itu bersama ketika majlis penyampaian piala.

Nama Bruno Fernandes seringkali dilaungkan peminat sebagai lebih layak kerana karakternya yang lebih kuat.

Peminat mulai perasan, Maguire mulai gagal untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dengan pemain lain ketika adanya Bruno Fernandes.

Dan mereka mendesak agar Ten Hag menukarkan Maguire menjelang musim baru.

Akhirnya Ten Hag memutuskan untuk menukar kapten kelab itu. Kapten baharu kelab akan diumumkan tidak lama lagi.

Maguire ternyata terkejut dan agak kecewa. Walaupun dia akur dan menerimanya. Dia malah bertekad untuk terus melakukan yang terbaik di Man United.

Maguire berkata: “Selepas berbincang dengan pengurus, dia maklumkan kepada saya dia mahu menukar kapten.”

“Dia menggariskan alasan tersebut kepada saya, dan walaupun, saya secara peribadinya sangat sangat kecewa, saya tetap akan memberikan segala yang saya ada setiap kali menyarung jersi Man United.”

“Saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada penyokong Manchester United di atas segala sokongan hebat anda sepanjang saya memakai lilitan kapten.”

“Sejak hari pertama saya mengambil alih peranan itu, selama 3 tahun setengah, ianya adalah penghormatan terbesar untuk mengetuai Manchester United, dan ianya salah satu detik paling membanggakan dalam karier saya sehingga kini.”

“Ianya salah satu penghormatan terbesar dalam bola sepak peringkat kelab. Saya akan melakukan apa yang saya terdaya untuk membantu United berjaya – di dalam dan di luar padang.”

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana memberikan saya tanggungjawab dan saya berharap, sesiapa sahaja yang memakainya selepas ini akan berjaya, dan akan mendapat sokongan saya.”

Kini Man United dilaporkan benar benar mahu menjual pemain itu dengan tanda harga £40 juta sahaja.