Wartawan England Sokong Messi Bukan Haaland

Erling Haaland dicalonkan dalam Ballon d’Or sebagai pemain dari Liga Inggeris mewakili Manchester City. Liga England berpeluang menghasilkan seorang lagi pemenang Ballon d’Or selepas kali terakhir Michael Owen memenaginya.

Haaland memiliki segala kekuatan untuk memenangi anugerah itu kali ini. Memenangi treble bersama City dan kejayaan menjadi pemenang kasut emas eropah musim lalu.

Dia juga memenangi beberapa anugerah individu lain. Namun Haaland ditewaskan oleh Messi dalam acara malam final Ballon d’Or.

Salah seorang wartawan sukan yang diberikan penghormatan untuk mengundi, Henry Winter telah mendedahkan bahawa dia mengundi Lionel Messi bukannya Erling Haaland.

Winter menjelaskan dia ada alasan kukuh menyokong Messi dan menafikan dia mengundi pemain itu atas dasar nostalgia atau populariti pemain itu.

Dia berkata: “Bola sepak adalah sukan yang mengenai trofi, prestasi Messi di Qatar membolehkan dia memenangi hati juri dengan enam mata. Messi ada misi penting di sana. Dia didorong oleh obsesi untuk memenagi Piala Dunia.”

“Karier Messi, juga bergemelapan dengan 4 UCL, dia memerlukan nirvananya di Qatar.”

Ramai wartawan menganggap ini mungkin peluang terakhir Messi untuk memenangi Piala Dunia atau dia hanya dikenang sebagai naib juara pada 2014.

Messi sebelum ini sangat lama menunggu masa untuk memenangi trofi bersama skuad Argentina. Namun ianya berakhir pada Copa America 2021 dan kemudian ditambah dengan kejayaan memenangi Piala Dunia 2022.

Winter menambah: “Dalam apa sahaja sukatan, Messi adalah pemain paling berpengaruh dan paling penting dalam arena sukan. Namun Messi lebih daripada sekadar angka statistik. Dia adalah syair dalam bola sepak.”

“Dia adalah tentang bagaimana pemain itu meletuskan kepantasannya untuk melarikan bola daripada pertahanan sebagus Josko Gvardiol dari Croatia pada aksi separuh akhir di Stadium Lusail tanggal 13 Disember.”

“Dalam apa jua tekanan di bahunya terutama sekali bermain untuk jurulatih muda seperti Scaloni dan pasukan yang dibarisi 3 pemain muda penting Enzo, Álvarez dan Mac Allister. Ketika mereka tewas di tangan Arab Saudi, tekanan di bahu Messi lebih berat. Ketika negaranya menagih keparakannya, Messi memberikan respon untuk mereka.”

“Dia memenangi Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia menjaringkan 7 gol dengan kualiti dan kepelbagaian; jaringan jarak jauh menentang Mexico dan Australia, gol dari dalam menentang Perancis dan gol penalti serta jaringan dengan kaki berbeza, kaki kanan, kiri, jaringan dengan rembatan tinggi dan leret. Messi juga menyumbang 3 assist dan bermain setiap minit dalam pertandingan itu.”

“Tiada pemain lebih banyak percubaan ke arah gol berbanding Messi dengan 32. Hanya Antoine Griemann lebih banyak hantara bahaya berbanding Messi. Hanya Musiala dan Mbappé menggelecek lebih baik daripada Messi. Dan tiada pemain lain lebih banyak dikasari lawan berbanding Messi.”

“Jika ada antara mereka yang mengejek dia menang sebab pengadil dan pengaruh reputasinya, realitinya, Messi telah diserang dan gerakan luar biasanya telah mengelirukan lawan yang cuba melompat dan mengejarnya.”

Winter kemudian menjelaskan kenapa dia dia memilih Haaland sebagai hanya di tangga kedua dan Mbappe ketiga.

“Saya meletakkan dia di tangga kedua dengan 4 mata. Dia telah menjaringkan sebanyak 52 gol dan treble bersama Man City, itu sangat luar biasa dan membolehkan dia memenangi Pemain Terbaik PFA  dan Pemain Terbaik Pilihan Wartawan Sukan England.”