Wartawan Ini Patah Rusuk Selepas Mencabar Ronda Rousey

Legenda UFC iaitu, Ronda Rousey telah memberikan pengajaran berguna kepada seorang wartawan yang bernama Aaron Tru yang mencabarnya.

Wartawan tersebut mencabar Ronda Rousey dengan menyatakan bekas juara dunia UFC itu tak akan mampu menewaskan lelaki walaupun seorang lelaki yang baru menyertai judo sekalipun.

Ronda Rousey merupakan salah seorang petarung UFC yang dianggap paling berpengaruh sepanjang zaman.

Aaron Tru telah cuba mencabar Ronda Rousey yang digelar ‘Baddest Woman on the Planet’  ketika sesi temuramah pada 2015.

Aaron Tru ketika itu menyatakan bahawa Ronda Rousey tak ada cukup kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki, walaupun baru sahaja menewaskan Cat Zingano dalam UFC184 dalam masa 14 saat.

Ronda Rousey ketika itu menyatakan dia sudah mulai tercabar denga memberitahu Aaron bahawa dia sudah menekan butang geram / exactly how to push my buttons.

Rousey kemudian memutuskan untuk membuktikan kepada Aaron bahawa dia mampu menewaskan lelaki dengan judo throw yang sangat power.

Aaron tidak dapat bangun selepas dihempas oleh Rousey, dan dia merasakan rusuknya baru sahaja patah.

Ronda Rousey pula berasa bersalah selepas melakukan throw ini, walaupun pada awalnya ketawa, sebab ingatkan Aaron sedang bergurau.

Ramai peminat MMA tidak begitu simpati dengan Aaron Tru kerana menurut mereka Ronda Rousey baru sahaja mengajar dia yang bermulut lancang.

Korang tengok detik tu kat sini:’

Ronda Rousey kini beraksi di pentas WWE selepas meninggalkan UFC.

Karier UFC beliau dibayangi kekalahan mengejut di tangan Holly Homes. Selepas kekalahan itu, Rousey gagal untuk bangkit dan memutuskan untuk meninggalkan octagon.

Ronda Rousey menerima kontrak lumayan bersama WWE menjadikannya penggusti WWE paling tinggi pendapatan.

Baca yang lain