Seorang wartawan Argentina, Dominique Metzger telah membuat laporan polis bahawa dompetnya telah dicuri ketika dia sedang membuat liputan siaran langsung dari Qatar.
Ketika berada di balai polis, Ketua Polis di bandar tersebut memberikan jaminan bahawa mereka akan dapat menangkap pencuri itu.
Ini kerana Qatar menggunakan sistem pengecaman wajah berteknologi tinggi. Terutama sekali jika dia warga Qatar.
Paling mengejutkan Metzger, polis siap memberikan peluang kepadanya untuk menentukan jenis hukuman yang dia mahukan ke atas pesalah itu.
Dia berkata: “Saya pergi ke balai polis, dan di situlah ada perbezaan budaya berlaku.”
“Seorang pegawai polis wanita berkata kepada saya: ‘Kami ada teknologi kamera pengecaman wajah berteknologi tinggi. Dan kami akan dapat mengesan di mana pencuri itu dengan pengecaman wajah’.”
Kemudian dia menjadi tergamam apabila pegawai itu bertanya kepadanya berbunyi:
“Sekarang ini, apa yang kamu mahukan sebagai keadilan, apabila kami berjaya menangkap pesalah ini kelak?”
Dia mengakui keliru dengan kenyataan itu. Kerana di Argentina dia tidak pernah mendengar polis meminta mangsa menentukan hukuman yang mereka mahukan.
Polis itu menerangkan sekali lagi kepadanya agar dia jelas: “Apa keadilan yang kamu mahu kami berikan kepada kamu? Kamu mahu pencuri ini dipenjara 5 tahun? Atau kamu mahu kami deportasikan dia?”
Deportasi adalah satu proses menghantar pesalah ke sesuatu negara untuk dibicarakan di sana dan dihukum dengan undang undang di negara tersebut.
Jadi bagi warga Qatar yang membuat onar termasuk di negara lain, jangan harap kerajaan mereka akan membantu melindungi mereka. Kerana keutamaan mereka adalah keadilan kepada mangsa.
Metzger berkata dia membuat permintaan khas tentang hukuman tersebut. Dan menyerahkan kepada polis menentukannya. Apa yang dia mahukan adalah dompetnya dikembalikan kerana ada kad pengenalannya dan kad penting yang lain.
Qatar sangat benci dengan jenayah di negara mereka. Mana mana rakyat mereka yang bersalah akan berdepan hukuman berat. Ini termasuk deportasi ke negara lain yang memerlukan mereka didakwa.
Keadilan untuk mangsa sangat dititikberatkan di negara tersebut yang menjadikan undang undang Islam sebagai garis panduan utama.
Argentine reporter Dominique Metzger had her wallet stolen in Qatar. She revealed that, when the Qatari police spoke to her, they asked “Which punishment would you like for the thief when we find them: 5 years in prison or deportation?” pic.twitter.com/CCZJYXM37t
— Zach Lowy (@ZachLowy) November 20, 2022
Ada netizen menyatakan bahawa perkara itu mungkin baru bagi sesetengah orang. Namun di negara seperti Belgium mereka turut menggunakan sistem yang sama.
Pieter Cleppe berkata: “Prinsip perundangan ini taklah segila yang kamu sangkakan. Di Belgium, di Bandar Leuven, mangsa kecurian, serta yang cedera, boleh menuntut jumlah pampasan segera. Jika pesalah setuju membayarnya, maka dia tidak akan dihukum lagi. Idea ini untuk mempercepatkan keadilan.”
The principle is not as crazy as it sounds. In the Belgian city of Leuven, victims of theft and injury are given the option to demand an amount of immediate financial compensation. If the perpetrator agrees, he can no longer be prosecuted. Idea is enabling speedy justice.
— Pieter Cleppe (@pietercleppe) November 21, 2022
BACA JUGA ARTIKEL PIALA DUNIA 2022:
Budweiser Mahu Hadiahkan Semua Bir Kepada Juara Piala Dunia Dan Saman FIFA
FIFA pada saat akhir telah membatalkan jualan bir di kesemua stadium Piala Dunia.
Sebelum ini berlaku konflik tentang peraturan penjualan bir. Qatar menentang penjualan bir di dalam stadium. Namun dalam laman rasmi FIFA, ada penjualan bir dibuat.
Bir tersebut adalah bir yang menjadi penaja rasmi Piala Dunia 2022 iaitu Budweiser, rakan kongsi FIFA dalam Piala Dunia. Ianya dianggap bir rasmi kejohanan.
Selepas itu, Gianni Infantino akur dengan kerajaan Qatar dan memutuskan untuk tidak menjual bir di kesemua stadium.
Kerajaan Qatar masih tidak berganjak dengan pendirian mereka tentang alkohol.
Peminat Ecuador menjerit: “Kami mahu bir” dalam perlawanan pembukaan semalam.
#ECU fans are chanting "queremos cerveza, queremos cerveza!"
Which translates to "we want beer, we want beer!" pic.twitter.com/mQcn6YKVjN
— World Cup Updates (@wc22updates) November 20, 2022
Selepas membuat perbincangan sebelum temasya bermula, FIFA akhirnya memutuskan untuk tidak menjual bir.
Infantino malah menyindir peminat bola sepak dari Eropah dan blok barat bahawa mereka tak akan mati kalau tak minum bir dalam masa 3 jam sehari.
Di Qatar, ada tempat khas yang menjual bir. Dan tempat itu kebiasaannya sangat jauh dari bandar. Serta bir sangat mahal.
Infantino berkata: “Kalau kamu tak minum bir dalam masa 3 jam dalam sehari, kamu masih akan hidup.”
“Ada banyak negara yang melarang penjualan bir dan alkohol di dalam stadium, misalnya Perancis. Namun oleh kerana Qatar negara Islam, maka ini satu masalah bagi kamu.”
🎙️ Infantino: “If you can't drink beer for three hours, I think you can survive. There are many countries that ban alcohol in stadiums, like France, but since it's a Muslim country, that's a problem.” pic.twitter.com/trsEuz1BTj
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 19, 2022
Budweiser menanggung kerugian yang besar kerana larangan penjualan tersebut.
Dan mereka sedia untuk menyaman FIFA kerana melanggar kontrak.
Malah syarikat bir terkemuka itu sedia menghadiahkan kesemua bir edisi Piala Dunia 2022 mereka kepada negara yang memenangi Piala Dunia 2022.
Jumlah keseluruhan bir itu sekitar EUR75 juta ataupun RM352 juta.
Budweiser turut merancang untuk mengambil tindakan perundangan ke atas FIFA kerana larangan pada saat akhir itu.
Budweiser will give the winning country all the beer prepared for the #QatarWorldCup2022 worth of €75 million.
It is also expected that the company will sue FIFA for breach of contract – the sale of beer was banned a few days before the start of the championship. pic.twitter.com/x5uq1GhMIM
— NEXTA (@nexta_tv) November 21, 2022
Sebenarnya sudah banyak bantahan dibuat ke atas FIFA sebelum ini bahawa tajaan daripada syarikat bir seperti ini adalah tidak kena dan tak sesuai dengan acara bola sepak.
Dalam Euro yang lalu, Ronaldo pernah mengkritik penaja rasmi Coca Cola di sidang media dengan menyatakan bahawa lebih sihat minum air kosong berbanding air bergas.
Itu pun salah satu penaja yang dianggap tidak begitu sesuai.