Wartawan Sweden Ini Pasti Tak Sangka Ibrahimovic Bagi Skor 10/10 Untuk Piala Dunia Qatar 2022

Seorang wartawan Sweden bertanya dengan Zlatan Ibrahimovic tentang pandangannya tentang Qatar 2022. Pastinya wartawan tersebut mengharapkan komen berbaur kecaman daripada Zlatan Ibrahimovic sama seperti beberapa pemain dan tokoh lain di eropah.

Sweden antara negara yang lantang mengkritik Qatar berkaitan isu kemanusiaan dan juga perundangan negara itu.

Di mana mereka seringkali menganggap Qatar sebagai negara yang menindas kemanusiaan. Daripada isu hubungan bebas dan bermacam lagi. Misalnya Jerman, yang melakukan protes di atas padang.

Kemudian kapten England, Harry Kane dengan terbuka menyatakan kritikan ke atas Qatar.

Selain itu ramai juga peminat yang mengutuk Qatar kerana mengharamkan penjualan minuman keras di dalam stadium dan sekitar perkarangan stadium.

Alkohol hanya boleh diakses di zon khas yang dietapkan dan ianya jauh dari kompleks Piala Dunia.

Ramai yang membantah perkara tersebut kerana mereka menganggap Piala Dunia adalah tidak lengkap tanpa minum minum dan mabuk mabuk di bar dan di pub.

Tetapi Zlatan mengambil pandangan berbeza. Di mana dia memberikan markah penuh kepada Piala Dunia Qatar 2022.

Penyerang Milan berusia 41 tahun itu tidak beraksi di Piala Dunia Qatar 2022, kerana kegagalan Sweden untuk layak.

Tetapi dia menjadi tetamu di perlawanan akhir, bersama Novak Djokovic menyaksikan aksi Argentina berdepan Perancis. .

Ditanya mengenai tanggapannya tentang kejohanan dan negara secara keseluruhan, Ibrahimovic berkata: “Ia hebat dan luar biasa sekali. Saya berada di sana selama dua hari bersama keluarga.”

Dia memberikan skor penilaiannya untuk semua aspek yang dia sendiri alami, dan berkata: “Organisasi: 10 markah. Pengalaman: 10 markah. Perlawanan: 10 markah. Masyarakat: 10 markah. Makanan: 10 markah. Perjalanan: 10 markah .Semuanya 10 markah.”

Kumpulan pejuang kebebasan hubungan jantina telah mendakwa wanita dan orang daripada komuniti LG+++ dilayan dengan teruk di Qatar, bersama-sama dengan pekerja asing.

Amnesty International berkata menjelang Piala Dunia bahawa ratusan ribu pekerja sedemikian telah dieksploitasi, menunjukkan beribu-ribu orang mati secara tiba-tiba atau tidak dijangka.

Organisasi yang sama berkata minggu lalu bahawa “beribu-ribu pekerja tidak dapat memperoleh pampasan untuk penderaan ngeri yang dikaitkan dengan Piala Dunia”, menyeru badan induk dunia bola sepak FIFA untuk memastikan perkara ini diperbetulkan.

Qatar telah dituduh oleh pengkritiknya cuba ‘mencuci’ reputasinya dengan mengadakan acara besar yang berjaya yang berjalan lancar dan mencuci imej negara itu dalam cahaya positif di peringkat antarabangsa.

Namun Ibrahimovic enggan melemparkan kritikan ke atas sistem perundangan di Qatar.

Apabila dinyatakan kepada Ibrahimovic bahawa Qatar telah menghadapi kritikan berhubung dakwaan pencabulan hak asasi manusia, Ibrahimovic berpegang pada pandangan peribadinya: “Sepuluh markah,” katanya.

Ibrahimovic menyatakan dia tidak layak untuk memberikan komen lebih lanjut kerana dia sendiri hanya membaca daripada media.

Dia menambah: “Saya rasa mereka telah memberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Kemudian bagaimana mereka melayan mereka, saya belum pernah ke sana dan melihatnya sendiri, jadi saya tidak boleh menilai dan menjawab soalan-soalan itu.”

Ibrahimovic yang rapat dengan pemilik PSG, Nasser Al Khelaifi, kerana pernah bermain di PSG sebelum ini. Dia menegaskan: “Qatar sebagai sebuah negara, saya fikir ia adalah sistem yang berfungsi. Adakah terdapat dadah tak kat sana? Tidak. Ada jenayah tak? Tidak. Adakah terdapat jenayah di Sweden? Ya, sangat banyak. Dadah?Ya.

“Sistem Qatar berfungsi. Sistem Sweden? Ia berfungsi, tetapi adakah ia berfungsi 100 peratus, saya tidak tahu.”

Baca yang lain

Peminat Euro Boleh Hisap Ganja Di Jerman

Peminat Euro nanti boleh menghisap ganja pada Euro 2024 selepas perubahan drastik dalam undang-undang diluluskan kerajaan baru baru ini. Jerman menganjurkan edisi