Penulis The Guardian Jonathan Liew tampil dengan artikel panas melabel England akhirnya menunjukkan kepada dunia wajah mereka sebenar.
England yang pung pang pung pang mahu memperjuangkan kempen pelangi dan memperjuangkan suara hak pekerja asing yang ditindas, akhirnya tunduk begitu sahaja hanya kerana takut dengan kad kuning.
Wartawan yang sama membandingkan England dengan pemain pemain Iran. Di mana pada sidang media, kapten mereka secara terbuka menyatakan mereka tidak ok dan akan bersuara tentang isu kemanusiaan.
Ini selepas ramai petunjuk persaan yang membantah kekejaman polis telah dibantai di jalanan di negara mereka. Ini termasuk wanita serta remaja. Malah ada yang dilaporkan meninggal dunia.
England show their true colours with meek surrender in armband fiasco #worldcup #FIFA #HumanRights https://t.co/233RBymNso
โ Stephen Kelly (@SKellyCEO) November 22, 2022
The Guardian melaporkan kira kira 400 orang petunjuk perasaan maut kerana dibantai polis.
Pemain pemain Iran malah bertindak berdiam sahaja ketika lagu kebangsaan negara mereka. Sanggup mengorbankan karier mereka demi bersuara tentang hak kemanusiaan di negara tersebut.
Sebelum ini media media Inggeris seringkali menyindir pasukan lelaki Iran termasuk jurulatih kebangsaan Iran yang menurut mereka tidak kisah hal kemanusiaan di negara mereka.
Malah mereka meminta FIFA melucutkan status Iran daripada penyertaan Piala Dunia 2022 ini.
Carlos Queiroz pernah meninggalkan sidang media kerana diprovokasi media Inggeris yang mempersoalkan apa tindakan mereka tentang isu kemanusiaan di Iran.
Iran coach ๐ฎ๐ท Carlos Queiroz beating hypocrites at their own game ๐๐pic.twitter.com/7lMHrxh5Wq
โ FIFA World Cup 2022 (@2022_QatarWC) November 16, 2022
Ternyata pemain pemain Iran bukan jenis suka sembang gegar nak buat sesuatu. Dan mereka akan melakukannya demi kemanusiaan tanpa memerluka publisiti dengan mewar warkannya terlebih dahulu seperti mana pejuang kempen OneLove.
Sebelum ini Sardar Azmoun dengan terbuka mengecam kerajaan Iran yang menyeksa wanita. Ianya bukan perkara yang mudah dilakukan oleh rakyat Iran. Kerana mereka boleh sahaja diheret ke dalam lokap.
Iran jelas lebih bijak bersuara dan memperjuangkan suara kemanuasiaan dengan tidak melanggar sebarang peraturan FIFA.
๐จ JUST IN: Harry Kane ๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ wonโt wear One Love armband today because of FIFA threat of yellow card. @SkyKaveh #FIFAWorldCup pic.twitter.com/2nvJ62GEb0
โ RouteOneFootball (@Route1futbol) November 21, 2022
Sebaliknya England sebelum ini bertegas mahu memakai lilitan pelangi. Tetapi akur, hanya kerana memikirkan kepentingan mereka sendiri.
Harry Kane enggan dilayangkan kad kuning kerana dia berisiko digantung perlawanan. Jika sekadar denda, Kane berkata dia sudah mendapat restu FA yang akan tolong bayarkan.
Akhirnya kem England memutuskan untuk terus berlutut tanda sokongan kepada BLM.
Pejuang kebebasan gender akhirnya mengecam England menyatakan bahawa mereka berlutut hanya untuk mengaburi mata dunia tentang sikap mereka yang ternyata pengecut untuk memakai lilitan pelangi.
#BREAKING: Iran national team players choose not to sing national anthem at World Cup match; some of the Iranian crowed booing their own national anthem pic.twitter.com/RYPvgHMNUi
โ Amichai Stein (@AmichaiStein1) November 21, 2022
Kemudian kolumnis turut memberikan contoh bagaimana Muhammad Ali satu ketika dahulu sanggup melakukan protes ke atas perang ke atas Vietnam walaupun dia ditangkap, kejuaraan dunia miliknya dilucutkan, dan mengorbankan era kemuncak atau peak beliau pada masa itu.
Pemain pemain Iran pun sama, mereka kini sanggup mempertaruhkan karier mereka, sanggup menerima akibat sehingga masuk penjara, ancaman ke atas keluarga mereka.
Malah penyokong mereka pun sama. Sanggup mengibarkan bendera memperjuangkan hak wanita.
Iran players chose not to sing their country's national anthem before their opening World Cup match against England, in an apparent show of support for protesters back home. pic.twitter.com/EjrdZ1y3IT
โ ESPN FC (@ESPNFC) November 21, 2022
Sedangkan England akhirnya menarik diri hanya kerana kad kuning.
Walaupun pemain pemain Iran membantah kerajaan mereka, namun di atas padang mereka beraksi bermati matian. Penjaga gol mereka meminta untuk meneruskan perlawanan walaupun mengalami gegaran di kepala dan patah hidung.
Cinta kepada negara dan rakyat adalah perkara yang sangat penting untuk pemain pemain mereka.
Iran's goalkeeper really tried to carry on after this injury ๐ณ pic.twitter.com/oIJkbViv7k
โ ESPN UK (@ESPNUK) November 21, 2022