Wawancara Pertama Rangnick Jelaskan Falsafah Beliau: “Pasukan Ini Tak Cukup Bagus Penguasaan Bola”

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick menerangkan falsafah bola sepaknya dalam temu bual pertama kelab dengan beliau.

Rangnick menyatakan bahawa perkara pertama yang mahu beliau terapkan adalah untuk The Reds “mengawal” perlawanan.

Sejak pengurus Jerman itu dilantik oleh kelab pada hari Isnin, ramai yang telah memperkatakan mengenai gaya ‘gegenpressing’ yang menjadi cap dagang beliau dan dibangunkannya sejak awal kariernya sebagai pengurus.

Pendekatan taktikal berasaskan gegenpressing Rangnick dikreditkan secara meluas oleh pemerhati bola sepak kerana merevolusikan bola sepak Jerman dan ia juga telah mempengaruhi secara langsung sejumlah besar jurulatih elit di seluruh benua, termasuk seperti Jurgen Klopp, Julian Nagelsmann dan Thomas Tuchel, serta beberapa nama lain lagi.

Semasa wawancara dengan wartawan Manchester United, Stewart Gardner, pengurus interim  United yang baharu itu diminta menjelaskan pendekatannya kepada peminat bola sepak Inggeris yang mungkin tidak sedar.

“Apa yang saya maksudkan, dalam bola sepak ini semuanya berkaitan dengan penguasaan,” kata Rangnick, dalam wawancara sulungnya.

“Jika anda mahu memenangi perlawanan, anda perlu menguasai perlawanan tidak kira sama ada pasukan lain telah mendapat bola atau anda menguasai bola itu pada pasukan anda.”

“Ini mungkin salah satu sasaran utama dalam beberapa minggu akan datang, untuk membantu pasukan mengawal permainan, dan sekurang-kurangnya menentang pasukan di kelompok teratas dalam beberapa minggu terakhir.

“Saya melihat perlawanan menentang Liverpool dan Manchester City, di Chelsea walaupun kami memenangi satu mata di sana, malah menentang pasukan seperti Watford, pasukan itu tidak mempunyai kawalan ke atas bola.”

“Mereka tidak mempunyai penguasaan ke atas permainan dan ini adalah sesuatu yang kami akan cuba capai selepas ini.”

“Sudah tentu, ini ada kaitan dengan apa yang kami lakukan apabila kami memiliki , dan apa yang akan kami lakukan apabila pasukan lain memiliki bola.”

“Dalam dua fasa itu, saya rasa penting untuk membangunkan pasukan dalam beberapa minggu akan datang.”

“Sebaliknya, kami tidak akan mempunyai masa latihan sebanyak itu, kerana kami bermain setiap tiga hari, jadi ia mengenai rakaman video, menggunakan bahan video sebagai alat penting untuk membangunkan pasukan, melatih otak dan pada masa yang sama menggalakkan pemain untuk melakukan perkara yang betul.

“Saya fikir adalah penting untuk memenangi perlawanan pada peringkat pertama, dan kemudian langkah demi langkah membangunkan pasukan ke arah yang betul.”

Baca yang lain