Wawasan 2020: Objektif, Strategi Dan Cabaran

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan yang pada pada 1991. Cetusan idea adalah daripada Tun Dr Mahathir pada tampuk pentadbiran beliau yang pertama sebagai perdana menteri.

Ia bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 bukan sahaja berkaitan dengan bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial serta beberapa lagi perkara lain.

Kesemua usaha ini melibatkan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Objektif utama adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju berdasarkan acuan Malaysia sendiri menjelamg 2020.

Wawasan 2020 menggariskan hala tuju untuk mencapai status negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020.

Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik .

Objektif Wawasan 2020

– Mencapai kesamarataan pendapatan individu

– Membasmi kemiskinan dan kemunduran ekonomi melalui kerjasama tanpa menentukan identiti warga

– Membentuk Negara maju dengan acuan tersendiri daripada aspek ekonomi ,sosial ,politik ,spiritual ,psikologi dan budaya

– Mencapai Sembilan objektif atau cabaran-cabaran wawasan 2020

Strategi Wawasan 2020

– Mewujudkan Negara yang bersatu

– Mewujudkan Negara yang berjiwa bebas,tenteram dan maju

– Mewujudkan dan membangunkan masyarakat yang dimokratik dan persefahaman yang matang

– Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

– Mewujudkan masyarakat berbilang yang liberal dan bertolak ansur

– Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif

– Membuat rancangan yang sistematik dan teratur

– Menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan yang lebih dinamik

Cabaran

Terdapat 9 cabaran yang digariskan dalam wawasan 2020.

Tun Dr Mahathir telah menggariskan sembilan cabaran strategik yang Malaysia mesti atasi untuk mencapai Wawasan 2020.

Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.

Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.

Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.

Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.

Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Selamat tahun baru 2020 kepada korang semua.

Walaupun wawasan 2020 ni macam tinggal kenangan sebab sebelum ni muncul pula TN50, maka anggap ini satu ulangkaji kenangan.

Nota Editor: Artikel ini adalah daripada blog Pengajian Malaysia

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.