Wayne Bridge Lelong Rumahnya Sebaik Sahaja Terry Beli Rumah Berdekatan Dengannya

Wayne Bridge dilaporkan terus mengiklankan rumahnya untuk dijual setelah John Terry berpindah ke kawasan berdekatan.

The Mirror melaporkan John Terry dan isteri Toni mengeluarkan GBP4.35 juta untuk membeli rumah mewah baru yang dikatakan hanya ‘beberapa minit berjalan kaki’ dari rumah mewah milik Bridge di Surrey.

Sudah tentunya John Terry diundang untuk makan malam tanda aluan ke kawasan perumahan baharu beliau. Malah mungkin lepas ni Wayne Bridge akan melihat John Terry berjogging di hadapan rumahnya.

Lantas Wayne Bridge dan isterinya Frankie menjual rumah besar mereka yang bernilai GBP6.5 juta di Surrey.

Namun ada juga menyatakan mungkin memang kebetulan Wayne Bridge sudah merancang untuk berpindah dan kebetulan John Terry membeli rumah di kawasan kejiranannya.

Kisah John Terry dan Wayne Bridge ini pernah menjadi skandal yang berprofil tinggi satu ketika dahulu.

Selepas kantoi, Bridge dan Terry putus sahabat dan kemudian tidak berjabat tangan langsung di atas padang.

Malah ada dalam satu aksi Manchester City menentang Chelsea di Stamford Bridge, Carlos Tevez yang meraikan dua golnya ketika itu telah menujukan golnnya kepada Bridge.

Craig Bellamy pula berkonfrontasi dengan Terry selepas tamat perlawanan di mana City menang 4-2 dan beberapa pemain City memakai t-shirt “Team Bridge” tanda solidariti untuk Wayne Bridge.

daily mail grab credit Sky Sports News
Carlos Teves shows his vest with the words ‘Team Bride’

Dalam aksi itu Bridge menolak untuk berjabat tangan dengan bekas rakan baiknya John Terry.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di