Wenger Berikan Jawapan Paling Menyentuh Perasaan Tentang Siapa GOAT: Messi Atau Ronaldo?

Arsene Wenger ditanya dengan persoalan perdebatan yang seolah olah tidak berpenghujung, siapakah GOAT sebenar, Messi atau Ronaldo.

Ternyata Wenger memberikan jawapan yang menyentuh perasaan peminat bola sepak.

Wengger enggan memilih salah seorang daripada Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo dalam perdebatan hebat tentang pasangan tersebut.

Membuatkan Atok Wenger dianggap telah memberikan jawapan sempurna daripada orang yang selayaknya memberikan pendapat.

Pada Isnin, Messi menerima Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA Best 2022. Selepas membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022 yang lalu.

Wenger ditanya sama ada itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa Messi GOAT sebenar dengan kejayaannya menjulang Piala Dunia berbanding Ronaldo.

Walau bagaimanapun, Wenger tidak bersetuju dan enggan memberikan ‘hierachy,’ mengatakan bahawa Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah membuktikan betapa indahnya sukan ini.

“Apabila mereka tidak akan berada di sana lagi, barulah kita akan menyedari apa yang telah mereka berikan kepada kita semua,” kata bekas bos Arsenal pada anugerah FIFA.

“Saya selalu enggan membuat hierachy yang kerana mereka berdua adalah pemain yang berbeza.”

“Pemain yang sama sekali berbeza, tetapi dua pemain luar biasa yang telah menunjukkan dunia selama 15 tahun ini.”

Jadi, ramai yang bersetuju dengan Wenger. Messi dan Ronaldo pada usia mereka sekarang masih menjadi pemain elit dalam bola sepak dunia.

Memberikan inspirasi kepada ramai anak muda dan pemain lain bahawa, bola sepak boleh dinikmati sehingga ke usia lewat 30-an dengan peak yang baik.

Baca yang lain