Wenger Hamburkan Pujian Kepada Mo Salah

Arsene Wenger terus mengagumi Mohamed Salah kerana prestasi luar biasa pemain itu. Sebelum ini dia meletakkan nama Mo Salah sebagai pemain yang bukan dari kalangan pemain Arsenal yang dia paling suka tonton.

Wenger Jawab Salah Ketika Ditanya Soalan Mudah Ini

Dan terbaru, dalam ulasannya tentang prestasi Salah berdepan Man City, Wenger menganggap pemain itu benar benar luar biasa dan semakin seimbang dalam segenap aspek.

Buat pertama kali sejak 2015, Liverpool memenangi perlawanan liga di Stadium Etihad dan bercakap selepas perlawanan, Arsene Wenger penuh dengan pujian untuk Raja Mesir Liverpool itu.

Pada pandangan Wenger, dengan penguasaan tinggi oleh  Man City, Liverpool memerlukan ketajaman Mo Salah untuk mencetak gol daripada peluang terhad. Dan pemain itu berjaya melakukannya.

“67% penguasaan untuk Man City, 2-0 untuk Liverpool dan ini bergantung kepada mereka yang mempunyai tahap di atas seperti Salah.

“Dia menjaringkan gol dan membuat satu bantuan. Dan saya membaca di suatu tempat bahawa dia menyumbang, dengan gol dan bantuannya yang 38 terkumpul, meyumbang kepada 31 mata Liverpool musim ini, jadi anda tidak boleh menolak dia untuk sebarang anugerah khas.”

Wenger kemudian memuji keseimbangan permainan Mo Salah yang menurutnya semakin kurang tamak. Di mana pemain itu lebih mengimbangi obsesinya kepada gol dengan permainan berpasukan.

Kini Salah turut menjadi pendahulu dalam carta assist di EPL. Dalam aksi menentang City adalah kali ke-11 dia menjaringkan gol dan mencipta assist dalam satu perlawanan yang sama.

Sumbangan gol Salah musim ini amat luar biasa. Dan Wenger kagum kerana Mo Salah terus meningkat naik setiap tahun.

“Lelaki ini luar biasa dan apa yang paling saya suka dalam kerjayanya, dia menjadi lebih baik dan lebih baik setiap tahun, lebih klinikal.

“Dia melakukan lebih sedikit kuantiti hari ini. Tetapi dia tidak kalah dalam kualiti dan itu menunjukkan bahawa dia bukan sahaja bakat yang hebat tetapi juga pemain yang sangat bijak.

“Saya  pernah bermain menentang Salah apabila dia mencipta enam peluang dan menjaringkan satu gol. Hari ini dia mencipta dua peluang dan dia menjaringkan dua gol, anda tahu, dan apa yang saya suka dalam kerjayanya.

“Dalam perkembangannya, dia telah menemui keseimbangan yang baik antara obsesi untuk menjaringkan gol dan memberikan bola kepada rakannya.

“Kita pernah tengok dulu, di mana antara dia dan [Sadio] Mane, ingat ada ketegangan kerana semua orang cuba menjaringkan gol tanpa menghantar bola.

“Dia memahami bahawa untuk menjadi sangat hebat, dia juga [perlu] menyumbang dan dia telah melakukannya dengan sangat baik.”

Mo Salah masih belum melanjutkan kontraknya di Liverpool. Dan dia boleh pergi sebagai ejen bebas selepas ini. Malah ketika ini dia boleh bercakap dengan mana mana pasukan tanpa melalui kebenaran kelab.