Arsene Wenger jawab Salah ketika ditanya soalan mudah iaitu 5 pemain yang harus diberikan perhatian ketika ini yang bukan daripada kalangan pemain Arsenal.
Wenger merupakan pengurus legenda Arsenal. Dia membentuk Arsenal daripada pasukan yang penuh masalah termasuk dalam bilik persalinan kepada kuasa pencabar Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Tun Wenger malah pernah membimbing Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan status tanpa kekalahan untuk membolehkan mereka menyimpan piala emas EPL di bilik trofi kelab.
Wenger kemudian meninggalkan Arsenal selepas karier yang luar biasa. Selepas pemergian Wenger, kelab itu masih mencari kejuaraan EPL pertama mereka selepas eranya.
Di bawah Mikel Arteta, Arsenal kembali bangkit. Dan kini kekal bersaing untuk kejuaraan liga selepas 2 musim berturut turut menamatkan saingan sebagai naib juara di belakang Man City.
Kini Wenger bertugas di FIFA sebagai penasihat teknikal di organisasi tersebut.
Dalam satu temuramah dengan wartawan, Wenger diminta memilih 5 pemain yang dia paling berikan perhatian ketika ini. Bermula daripada turutan kelima.
Wenger terus jawab Salah yang ketika ini bermain untuk Liverpool. Seterusnya ialah Cole Palmer dari Chelsea. Di tangga ketiga ialah Vinicius Jr. Dan kedua adalah Kylian Mbappe.
Wenger kemudian ternyata salah dalam susuan jawapannya. Dan dia menukar Salah ke kedudukan pertama. Lalu meletakkan Lamine Yamal di kedudukan kelima.
Kenapa Wenger jawab Salah?
Dia memilih Mohamed Salah kerana hayat karier pemain itu yang sangat panjang. Pada usianya 32 tahun dia masih lagi bemain pada peak terbaiknya. Mo Salah konsisten setiap musim menjadi penyumbang gol dan assist dalam pasukannya.
“Pemain paling saya suka pada masa ini, saya rasa pemain seperti Mo Salah. Selain daripada hayat kariernya yang panjang, dia masih lagi berada di kelas teratas. Dan kamu memiliki pemain yang mengujakan seperti Lamine Yamal dan Cole Palmer.”
Arsene Wenger rates Mo Salah as No.1 for Top 5 players to watch. 🇪🇬👑 pic.twitter.com/sRpaFYOpSg
— Samuel (@SamueILFC) February 14, 2025
Mohamed Salah ketika ini memimpin carta jaringan gol dan assist dalam EPL. Namun begitu beliau masih belum lagi melanjutkan kontraknya di Liverpool.
Arne Slot menyatakan bahawa dia mahukan pemain itu terus kekal. Dan peminat Liverpool rata rata mendesak kelab untuk memberikan tawaran terbaik kepada Raja Mesir itu.