Wenger Jelaskan Sebab Sanchez Tak Menjadi Di United Sebab Faktor Ozil

Arsene Wenger pernah memberikan jawapan yang sarat dengan penjelasan taktikal, kenapa Alexis Sanchez gagal di Manchester United.

Alexis Sanchez membuat perpindahan kontroversi ke Old Trafford, selepas memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak di Emirates.

Peminat Man United mengharapkan Sanchez akan mengulangi sejarah Robin Van Persie. Mana tidaknya, kedua dua pemain ditandatangani Man United pada prestasi kemuncak mereka terutama sekali dalam aspek jaringan gol.

Wenger ditanya pandangan beliau, kenapa Alexis Sanchez gagal memberikan impak ketika di Man. United.

Wenger dengan cepat menjawab bahawa Man United membeli Sanchez namun tidak membeli ‘Ozil’. Ianya merujuk kepada seorang pemain no.10 yang benar benar memahami kehendak Sanchez di atas padang.

Menjawab persoalan, kenapa Sanchez tak menjadi di United, Wenger berkata: “Mesut Ozil”

Wenger menjelaskan, Alexis Sanchez telah dibentuk dengan sistem permainan yang sesuai dengan beliau ketika di Arsenal.

Di Arsenal salah satu faktor taktikal yang berjaya membantu Sanchez ialah Mesut Ozil.

Wenger kemudian menyatakan bahawa ada sesetengah pemain Arsenal hanya boleh bermain luar biasa di Arsenal namun gagal di tempat lain. Ini kerana sistem permainan mereka.

“Kamu boleh mengambil pemain dari Arsenal. Namun kamu tidak boleh mengambil Arsenal dari dalam mereka”.

Wenger seterusnya menggariskan bahawa Alexis Sanchez berdepan dengan krisis keyakinan diri yang kompleks di Man United.

Tun Wenger menambah: “Saya percaya dia sudah hilang keyakinan dirinya.”

“Kekuatan utama Alexis Sanchez adalah mengambil inisiatif untuk menggelecek dan melepasi pemain lalin.”

“Pemain pemain seperti ini adalah paling rapuh mentaliti mereka apabila sekali mereka hilang keyakinan diri dalam permainan mereka. Permainan mereka adalah berasaskan naluri dan inisiatif, dan dia telah kehilangannya perlahan lahan.”

 

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu