Arsene Wenger akhirnya mengakui bahawa Arsenal benar benar membuat tawaran £40,000,0001 untuk mendapatkan Luis Suarez dari Liverpool pada satu masa dahulu.
Wenger mendapati Suarez adalah pemain yang dia perlukan untuk melengkapkan pasukan Arsenal pada masa itu yang masih berusaha menamatkan kemarau EPL mereka.
Wenger berkata, dia mendapat tahu daripada pihak ejen Suarez bahawa pemain itu ada klausa pelepasan £40 juta pada kontraknya. Ejen Suarez menyatakan jika tawaran seperti itu dibuat, maka Liverpool harus melepaskan Suarez jika ada tawaran lebih £40 juta
Lalu Wenger menguji sama ada klausa itu benar benar wujud atau tidak. Di mana dia telag mengarahkan pasukan scouting untuk menawarkan harga £40 juta + £1.
Malangnya klausa itu rupa rupanya tidak wujud pada masa itu. Liverpool terus menolaknya. Dengan pemilik Liverpool John W Henry menganjing: “Apa agaknya barang yang diorang sedang isap di Emirates”.
Bercakap kepada wartawan, Wenger berkata: “Kami ada membuat perjanjian dengan Luis Suarez dan ejennya. Namun ejen dia kata, ada klausa pelepasan pada kontrak Suarez dengan tawaran di atas £40 juta, maka Liverpool harus melepaskan pemain itu pergi.”
“Untuk memastikan sama ada perkara ini betul atau tidak, kami tawarkan £40,000,001. Dan ternyata ianya tak betul.”
🗣️Arsène Wenger: “We had an agreement with Luis Suárez and his agent.
But the agent claimed that there was a clause; with an offer above £40m, Liverpool would be obliged to let him go. To check this was true, we offered £40,000,001 – It wasn't.” pic.twitter.com/IcMRSNj8Z3
— Football Talk (@FootballTalkHQ) December 25, 2023
Peminat Arsenal sendiri terkejut dengan tindakan Wenger pada masa itu. Di mana mereka seringkali mengecam Wenger yang terlalu payah nak berbelanja dan seringkali cuba mengambil hati pemilik kelab.
Luis Suarez pada masa itu memang berminat mahu ke Arsenal. Namun Steven Gerrard menyatakan bahawa dia sendiri sempat memujuk Suarez untuk terus kekal jika tawaran itu adalah dari Arsenal. Lainlah tawaran itu dari Barcelona atau Real Madrid.
Suarez dan Liverpool kemudian melakukan kesepakatan khas di mana kelab itu akan menjual Suarez jika tawaran dari pasukan seperti Barca tiba. Dan Barca benar benar membida mendapatkan pemain itu selepas itu.
Di mana Barcelona membayar sekitar €83 juta untuk mendapatkan Luis Suarez. Ketika di Barca dia terus menjadi antara pemain penting yang membentuk gandingan MSN bersama Neymar dan Leo Messi.