Wenger: Mbappe Hampir Sertai Arsenal, Saya Dah Datang Rumah Dia

Arsene Wenger pernah membuat pendedahan bahawa bintang Paris St Germain, Kylian Mbappe kini dalam senarai pemain yang ‘hampir menyertai Wenger’.

Kylian Mbappe menunjukkan prestasi luar biasa dalam berhadapan dengan Barcelona. Di mana bintang Perancis itu menjaringkan hatrik.

Pada usianya baru 22 tahun Mbappe sudah memenangi beberapa trofi domestik dan telah membantu negaranya memenangi Piala Dunia – sebagai pemain utama.

Beliau sudah menjadi bakat muda yang paling dikehendaki di dunia sejak kempen juara liga bersama Monaco. Dan akhirnya pemain itu menyertai PSG.

Wenger memang dikenali dengan kecenderungan diam tempatan bintang dari Perancis.

Dan Kylian Mbappe salah seorang daripadanya. Wenger memberitahu bahawa beliau berunding dengan pihak Mbappe sampai ke tahap sudah tiba di rumah pemain itu.

Pada 2017, Wenger berkata:

“Pemain ni [Mbappe], dia boleh mengaku bahawa saya sudah berada di rumahnya tahun lalu untuk mendapatkan khidmatnya untuk Arsenal.”

“Kerana pada masa itu beliau berada pada tahun akhir kontraknya. Tetapi Monaco berjaya mengekalkan beliau dan situasi ketika itu sangat rumit.”

Bayangkan Arsenal berjaya mendapatkan Mbappe pada masa itu? Beliau mungkin menjadi serpihan puzzle yang sangat diingini Wenger untuk menjuarai liga sekali lagi ataupun menjulang kejuaraan UCL.

Mbappe sangat laju dan sangat matang dalam permainan beliau. Selain daripada itu dari segi fizikal Mbappe sangat lasak.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.