Melihat Anfield, Wenger Terkenangkan Higbury, Roh Dan Semangat Arsenal Tertinggal Di Sana

Arsene Wenger menyatakan beliau melihat Anfield sebagai mirip kepada Highbury, yang juga stadium klasik Arsenal.

Di sana terciptnya pelbagai sejarah gemilang pasukan The Gunners terutama sekali di bawah kendalian Wenger.

Ini bukannya pertama kali Wenger memujj Anfield. Malah pada 2016, beliau pernah menyatakan bahawa Anfield sebagai stadium yang paling beliau suka lawati.

Ketika separuh akhir UCL melibatkan Liverpool dan Barcelona pada 2018/19, Wenger memberikan amaran kepada Barcelona bahawa Anfield akan memainkan peranan dalam membangkitkan pasukan Liverpool.

Ini selepas Liverpool kalah pada perlawanan yang pertama di Nou Camp dengan jaringan tiga kosong.

“Ini adalah stadium yang paling panas di Eropah untuk perlawanan kedua timbal balik. Itulah satu-satunya tempat di eropah yang kamu tidak mahu pergi iaitu Anfield kerana atmosferanya.”

Walaupun ketika itu ramai yang menganggap telahan Arsene Wenger tentang kebangkitan Liverpool pada perlawanan kedua adalah mustahil. Ini kerana Barcelona menang 3-0.
Namun beliau ternyata tepat.

Dalam perlawanan kedua di antara Liverpool dan Barcelona, pasukan gergasi Sepanyol itu dibelasah oleh Liverpool dengan jaringan empat kosong.

https://twitter.com/KnowingLfc/status/1145739273561415680?s=19

Keputusan itu sekaligus membuatkan Barcelona tersingkir sekali lagi daripada peringkat kalah mati Walaupun memiliki kelebihan agregat 3 gol.

Salah satu daripada sebabnya ialah atmosfera di Anfield yang sentiasa bising dan hingar.

Terbaru Arsene Wenger membandingkan Aura di Anfield Liverpool sebagai sama dengan apa yang pernah dimiliki oleh pasukan Arsenal ketika bermain di Highbury.

Arsene Wenger menyatakan bahawa semangat dan roh pasukan Arsenal telah tertinggal di Highbury.

Lantas Arsene Wenger merasakan bahawa Arsenal gagal membawa semangat itu bersama mereka ketika berpindah ke Stadium serba canggih stadium Emirates.

“Highbury ada persamaan dengan Anfield walaupun bezanya mungkin dari segi kebisingan di dalamnya.”

“Kami meninggalkan roh dan semangat Arsenal di Highbury. Ini semua kerana faktor keselamatan. Jarak di antara tempat duduk penyokong dengan padang perlu berada lebih jauh.”

“Ini kerana anda perlu memberikan laluan kepada ambulans untuk masuk ke padang [sekiranya ada kecemasan].”

“Saiz tempat duduk penyokong dikecilkan. inilah membuatkan kami tidak mampu untuk membawa atmosfera yang sama stadium baharu.”

Sejak meninggalkan Highbury, Arsenal masih gagal untuk memenangi sebarang kejohanan liga.

Berbeza dengan ketika mereka bermain di Stadium lama di mana mereka pernah menjadi pasukan yang menjuarai liga dengan status the invincible.

Arsenal menjadi pasukan yang sangat digeruni ketika di Highbury. Ramai sekali legenda yang ikonik merumput di Highbury.

Arsene Wenger merasakan bahawa atmosfera di stadium baru mereka tidak seperti yang pernah mereka miliki ketika mereka masih beraksi di Stadium lama iaitu Highbury.

Kerinduan Wenger kepada Highbury tidak pernah padam. Sudah beberapa kali beliau meluahkannya. Terlalu sentimental dan tinggi emosinya terhadap stadium keramat itu.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai