Wenger Menyesal Tak Tinggalkan Arsenal Untuk Sertai Madrid, PSG Atau Man United Sebelum 2018

Arsene Wenger akhirnya mengakui beliau sangat menyesal kerana tidak meninggalkan Arsenal lebih awal daripada 2018.

Dalam dokumentari Arsene Wenger: Invincible, ianya berkisar tentang 22 tahun karier Wenger sebagai pengurus Arsenal.

Ketika bersama dengan Arsenal, beliau membantu kelab memenangi 3 kejuara Liga Perdana Inggeris, 7 Piala FA, menjadikan beliau sebagai pengurus Arsenal paling berjaya di dalam sejarah.

Seterusnya Wenger turut membimbing Arsenal bergelar juara inivincibles pada 2003/04.

Namun dalam beberapa tahun terakhir kariernya, dia mengakui kesukaran berada di Arsenal. Ini selepas ramai penyokong Arsenal mulai menentangnya dengan melaungkan Wenger Out.

Wenger Out telah menjadi kempen global oleh peminat Arsenal yang menganggap Arsene Wenger harus pergi dan terima kasih di atas semua jasa baktinya.

Walaupun membawa kelab beraksi dalam UCL selama 20 musim berturut turut, ia tidak dapat membantu Wenger memenangi hati peminat Arsenal.

Peminat Arsenal merasakan bahawa, Wenger terlalu berada di zon selesa sehinggakan dia tidak risau dengan apa sahaja risiko pada jawatannya.

Wenger malah menyatakan bahawa, beberapa bulan terakhir dia di Emirates sebagai ibarat berada di majlis pengkembumian.

Legenda Arsenal, Dennis Bergkamp antara yang merasakan bahawa Wenger seharusnya meninggalkan Arsenal lebih awal daripada 2018.

Dan sekarang, Wenger setuju dengan Bergkamp. Dia mengkui bahawa dia melakukan kesilapan dengan berada di Arsenal terlalu lama.

“Saya terlalu mengabadikan sepenuhnya diri saya untuk kelab, itu adalah kesilapan yang saya lakukan.”

“Dua kali saya berpeluang ke Real Madrid, saya juga berpeluang ke Juventus, ke PSG, malah ke Man United.”

“Kesilapan saya adalah, saya terlalu cintakan tempat saya berada masa itu. Saya seharusnya pergi ke tempat lain.”

“Saya menyesalinya, dan saya seharusnya pergi ke tempat lain.”

Selain itu Wenger juga mengakui bahawa pasukan kebangsaan England turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Kini Wenger menjadi penasihat teknikal pembangunan FIFA. Beliau baru baru ini menyatakan bahawa hatinya masih mahu menguruskan kelab.

Wenger dianggap sebagai pembawa revolusi, bukan sahaja kepada Arsenal, malah kepada Liga Inggeris dari segi taktikal.

Beliau dikenali dengan perseteruannya dengan Sir Alex Ferguson.

 

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan