Arsene Wenger akhirnya membuka mulut tentang berita berkaitan dengan tawaran mencuit hati dibuat Arsenal ke atas Suarez.
Wenger mendedahkan sebenarnya Arsenal telah ditipu oleh ejen Luis Suarez yang mengatakan bahawa bekas penyerang Liverpool itu mempunyai klausa pelepasan £40 juta pada musim panas 2013.
The Gunners mengenal pasti Gonzalo Higuain sebagai calon utama pengganti jangka panjang Robin van Persie dan hampir mencapai kesepakatan dengan Real Madrid.
Tetapi Arsenal Wenger beralih fokus kepada Luis Suarez setelah berusaha mendapat tahu tentang klausa pelepasan pemain itu dengan The Reds menerusi ejen pemain itu.
Arsenal dengan berani membuat tawaran sebanyak £40,000,001 juta untuk berusaha membawa Luis Suarez dari Anfield.
Arsene Wenger berpendapat tambahan £1 (RM5.35) sudah cukup untuk mengaktifkan klausa pelepasan penyerang Uruguay itu.
Pemilik Liverpool John Henry kemudian menggunakan akaun Twitter peribadinya untuk mengejek Gunners secara terbuka, menulis: “Apa korang fikir mereka sedang hisap barang apa di Emirates sana?”
What do you think they're smoking over there at Emirates?
— John W. Henry (@John_W_Henry) July 24, 2013
Dan dalam autobiografinya yang baru ‘Arsene Wenger, My Life in Red and White’, bekas bos Arsenal itu menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai niat untuk mengganggu The Reds.
Tetapi terpanggil untuk melakukan bidaan itu semata mata ingin memastikan sama ada klausa pelepasan itu sebenarnya benar benar wujud atau tak?
“Pada tahun 2014, kami berusaha mendapatkan Luis Suarez,” kata pengurus Perancis itu.
“Kami mengadakan perjanjian dengan pemain dan ejennya. Tetapi ejen itu mendakwa bahawa terdapat klausa: dengan tawaran lebih dari £40 juta, Liverpool wajib melepaskan pemain itu.”
“Tetapi hasil informasi dari dalam Liverpool, saya mendapati bahawa klausa itu Sebenarnya tidak pernah ada.”
"This may have seemed ludicrous, I admit" 😅
Arsène Wenger revealed in his new book the real reason for Arsenal's 'ludicrous' bid for Luis Suárez back in 2013 😂 pic.twitter.com/HkY3zdUO3e
— Soccer AM (@SoccerAM) October 15, 2020
Wenger memutuskan untuk melakukan bidaan percubaan untuk mengetahui sama ada perkara yang dikatakan ejen Suarez itu benar. Wenger sendiri mengakui dia sedar sebenarnya apa yang dia bakal lakukan itu adalah tak masuk akal.
“Untuk memastikan sama ada ianya benar atau tak, kami menawarkan £40,000,001. Ini mungkin kelihatan tidak masuk akal, saya akuinya.”
“Tetapi Liverpool tidak mahu menjual Suarez, mereka berjaya mempertahankannya dan sudah ada tawaran dari Barca.”
Luis Suarez akhirnya meninggalkan Anfield setahun kemudian dan memilih untuk bergabung dengan Barcelona, di mana dia memenangi sejumlah gelaran berprestij termasuk empat gelaran LaLiga, Liga Juara-Juara Eropah, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.
Sementara itu, Arsenal masih bergantung pada Olivier Giroud yang dibawa dari Montpellier pada musim panas 2012 sebulan sebelum Robin van Persie membuat perpindahan kontroversinya ke Manchester United.
Steven Gerrard pernah menyatakan bahawa Suarez benar benar berminat ke Arsenal ketika itu. Namun rundingan itu gagal kerana cara Arsenal mengendalikan perpindahan dan membuat bidaan tidak masuk akal.
Gerrard memujuk Suarez untuk kekal semusim lagi dan menunggu tawaran daripada kelab seperti Barcelona.