Wenger: Tiada Cara Lain, Kurangkan Gaji Pemain Dan Naikkan Kadar Bonus Mereka

Arsene Wenger mengatakan bahawa bola sepak perlu mengatasi kenaikan gaji pemain yang semakin tidak terkawal jika ingin bangkit dari ‘kerosakan’ akibat wabak yang melanda dunia.

Wenger juga menyatakan bahawa situasi semasa ini, jika tidak diatasi dengan baik, ada ribuan kelab di England berisiko untuk ‘pupus’ kerana muflis.

Bekas jurulatih Arsenal Wenger memberi amaran bahawa pengurangan gaji diperlukan setelah berbilion-bilion euro kerugian akibat krisis kerana wabak ini.

Dan ianya membuatkan kelab kelab bersar sendiri turut merasai impaknya.

Bercakap kepada BeIN, Sang Profesor berkata:

“Kita membuat perkiraan di sini, bola sepak menjana di seluruh dunia sekitar €45 billion.”

“Dan bola sepak akan mengalami kerugian sekiar €15 ke €20 billion.”

“Jika anda melihat struktur gaji pemain di kebanyakan kelab, ia adalah antara 60 dan 80% daripada pendapatan itu.”

“Jadi siapa yang mampu menyelesaikan masalah ini?”

“Jawapannya, hanya para pemain.”

Hos bertanya bagaimana para pemain boleh membantu?

Wenger menjawab: “Dari aspek dengan menerima pengurangan gaji ataupun sekurang kurangnya merombak semula gaji [dari segi bonus contohnya].”

“Sekarang ini kita pun tak pasti sama ada kita boleh bermain Piala Dunia pada 2022 dengan kapasiti penuh.”

“Dan saya rasa pelan berjaga jaga menyatakan bahawa Piala Dunia 2022 mungkin hanya akan bermain dengan kapasiti 50% penonton dalam setiap stadium. Kerana kita sendiri tak pasti sejauh mana vaksinasi akan menjadi solusi sepenuhnya dengan varian [wabak] yang kita lihat sekarang.”

“Jadi kita kena terima hakikat bahawa mungkin tiada cara lain selain daripada mengurangkan gaji para pemain.

Wenger masih tidak menyokong sistem gaji siling tetapi beliau menyatakan bahawa penyelesaian terbaik ketika ini adalah dengan mengubah kos pada pendapatan tetap dan jumlah kos yang boleh berubah ubah [variable] seperti bonus.

Wenger sebelum ini pernah menyatakan di Eropah, banyak kelab yang struktur gaji pemain mereka rata rata 60-%80% daripada pendapatan tetap kelab.

Gaji pemain dikurangkan dan bonus pemain diubah dan diselaraskan kepada kadar lebih tinggi. Contohnya, berdasarkan nisbah 50/50 yang berkadar dengan kapasiti stadium.

“Saya lebih menyatakan tentang varian gaji pemain lebih besar dan pendapatan tetap dipendekkan.”

“Dan salah satu varian pada gaji pemain ianya harus berkadar dengan kapasiti stadium.”

“Sebagai contoh, sebelum ini kelab menjana 100, 90% daripadanya adalah pendapatan tetap kelab dan 10% adalah berkaitan bonus.”

“Dan sekarang kita kena memikirkan solusi, di mana 50% adalah pendapatan tetap dan 50% berkaitan dengan varian gaji pemain.”

Ditanya, adakah situasi itu akan membuatkan negara negara kecil lain akan bermasalah untuk bersaing dengan kelab Eropah jika perkara itu berlaku? Dan bila perlaksanaan cadangan tersebut harus dimulakan.

Wenger menjelaskan: “Bila nak bermula? Ianya kena realisitik. Walaupun berdepan masalah kewangan, ianya tidak sepatutnya menghalang kamu untuk mendidik para pemain muda serta membangunkan tahap para pemain.”

“Dan kita baru melihat Piala Dunia Kelab. Palmeiras baru menang Copa Libertadores, dengan aksi 180 minit. Negara seperti Brazil tidak menjaringkan mencipta sebarang peluang gol. Dan itu bukti bola sepak di antara Eropah dengan negara lain di dunia semakin besar.”

“Oleh itu kita kena mencari solusi lebih baik.”

“Masalah kewangan ini berkait dengan wabak, kita tahu itu. Seberapa lama lagi ianya berlarutan, saya tak tahu.”

“Namun hakikatnya, isu pembangunan pemain dan jurulatih, ianya berkaitan dengan sama ada kita nak buat atau tidak.”

 

Kelab kecil berisiko

Beberapa bulan lalu, Wenger menyuarakan pandangan yang sama tentang gaji pemain. Di mana menurut  Wenger, pemain harus menerima pengurangan gaji.

Wenger juga menambah wabak itu telah menjadikan “kelab yang lemah semakin lemah dan kelab yang kuat semakin kuat” dan mendedahkan bagaimana bola sepak “fokus pada pengasingan kelompok pasukan elit”.

Wenger turut mengatakan bahawa sukan bola sepak akan kehilangan “ribuan” kelab kerana terlalu banyak kelab dalam masalah, dan tidak ada cukup wang untuk mereka terus bertahan.

Situasi di England

Bercakap mengenai situasi di England, di mana beliau pernah menguruskan The Gunners selama lebih dari dua dekad, Wenger berkata: “Liga Perdana Inggeris akan bertahan. Saya tidak bimbang untuk Liga Perdana Inggeris.”

Beliau juga menceritakan senario bagaimana kepentingan kelab kelab kecil ini kepada asas pembangunan bola sepak. Di mana pada hari ini, kelab elit biasanya mencari bintang ternama untuk bermain.

Maka kelab kelab kecil inilah yang menawarkan peluang bermain yang lebih kepada para pemain pemain muda, termasuk dalam tempoh pinjaman. Jadi, tidak seharusnya kelab kelab kecil dari divisyen bawahan ini diabaikan.

“Dari 92 kelab (liga profesional), anda mempunyai 65 kelab yang terjejas teruk dan mereka membukan stadium dengan stadium kosong [tanpa penyokong] – mereka kehilangan pendapatan untuk bermain permainan ini.”

“Jadi di sinilah bola sepak harus memikirkan semula bagaimana kita boleh membantu kelab-kelab ini untuk bertahan … Kerana kita memerlukan pasukan elit tetapi [pada masa yang sama] kita juga memerlukan asas di mana pemain muda berpeluang bermain — yang mana kita harus membantu mereka ini [kelab bawahan] untuk bertahan. ”

 

 

Baca yang lain