Werner Hanya Mahu Liverpool Atau Kekal Saja Di Leipzig

Timo Werner telah menyatakan bahawa beliau tidak mahu pergi ke kelab lain selain Liverpool. Atau dia terus kekal bersama dengan RB Leipzig.

The Athletic melaporkan bahawa hari ini beliau sanggup  untuk kekal semusim lagi bersama RB Leipzig dan berhijrah ke Liverpool selepas itu.

Laporan yang sama menyebut, Werner telah dihubungi oleh Chelsea dan Man United yang mahu memanfaatkan kelewatan Liverpool dalam memuktamadkan perjanjian pemain tersebut.

Malah Barcelona turut menyatakan minat mereka untuk mendapatkan pemain kebangsaan Jerman itu.

Situasi dengan Liverpool

Sebelum ini Liverpool menyatakan mereka sanggup membayar klausa pelepasan kontrak Werner €60 juta yang terpakai sehingga akhir musim ini.

Namun Liverpool menukar polisi perpindahan gara gara tekanan ekonomi yang melanda ketika musim wabak.

Liverpool dilaporkan mengintai harga lebih murah. Di mana kontrak Werner akan berakhir pada 2023. Ini bermakna klausa pelepasan beliau akan berkurangan setiap musim.

Pada 2022, klausa pelepasan pemain itu hanyalah €25 juta apabila baki kontrak beliau tinggal setahun.

Werner sebelum ini menyatakan beliau hanya meninggalkan Leipzig untuk pasukan yang layak bermain di UCL.

Beliau awalnya tidak mahu ke Liverpool kerana tiada jaminan tempat dalam pasukan utama.

Namun selepas mendengar Jurgen Klopp ada peranangan tersendiri untuk beliau, maka Werner tertarik untuk menyertai jurulatih senegara dengannya itu.