Koresponden BILD, Christian Falk mengesahkan bahawa bintang RB Leipzig – Timo Werner tidak akan menyertai Bayern Munich pada musim hadapan.
Ini kerana pemain itu lebih tertarik untuk menyertai Jurgen Klopp Liverpool.
Werner juga buat masa ini tidak berminat untuk menyertai mana mana pasukan Jerman yang lain.
Our Story: Timo Werner will definitely not join Bayern this summer. @BILD_Sport He rules out a Transfer to another German club. also because of Jürgen Klopp he would like to take the step to Liverpool @LFC
— Christian Falk (@cfbayern) April 29, 2020
Bayern Munich mulai dikaitkan dengan Timo Werner sejak musim lalu lagi. Ini selepas mereka dilaporkan mahu mencari pengganti Robert Lewandowski untuk jangka masa panjang.
Bayern kini boleh sudah melupakan Werner dan mereka masih berusaha untuk mendapatkan Leroy Sane dari Manchester City.
Beberapa minggu lalu Bayern Munich sudah melanjutkan kontrak pemain yang dianggap Bayern sebagai legenda dan simbol kepada kota Munich, iaitu Thomas Muller.
Werner sudah menyatakan sebelum ini bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak beliau di Leipzig.
Liverpool dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan pemain itu yang ada kuasa pelepasan £52 juta. Klausa itu akan berakhir pada pertengahan 15 Jun.