Chelsea benar-benar serius pada jendela perpindahan pemain kali ini. Selepas menandatangani bintang Ajax, Hakim Ziyech, mereka hampir pasti memenangi perlumbaan mendapatkan penyerang sensasi Jerman, Timo Werner.
Walaupun dia berbulan-bulan dikaitkan dengan Liverpool, akhirnya pemain 24 tahun itu telah bersetuju menyertai Chelsea.
Chelsea akan membayar yuran perpindahan sebanyak £ 53 juta yang termaktub dalam kontraknya -klausa pelepasan- kepada RB Liepzig bagi melengkapkan perpindahan tersebut.
Sebelum ini Lampard pernah mengatakan pasukannya perlu lebih tajam dan mereka kini sedang membawa seorang penjaring ke-3 paling banyak di eropah (5 liga terbaik).
Chelsea akan terus memburu pemain baru bagi menguatkan pasukannya selepas tidak dibenarkan membeli pemain pada 2 jendela lepas.
Mereka bersedia memberi cabaran kepada Manchester United untuk mendapatkan bintang Borussia Dortmund dan England, Jadon Sancho.
Bek kiri Leicester City, Ben Chilwell juga berada dalam senarai teratas mereka.
Selepas melakukan beberapa pembelian, Chelsea boleh berubah sepenuhnya bagi menghadapi saingan musim hadapan dan memberi cabaran kepada Liverpool dan Manchester City merebut kejuaraan.
Chelsea mempunyai musim yang agak baik sebelum Liga Perdana ditangguhkan kerana wabak coronavirus.
Walaupun kutipan mata Chelsea agak rendah, rata-rata penyokongnya gembira dengan kedudukan di tempat ke-4 liga.
Ini disebabkan Chelsea telah kehilangan Eden Hazard dan mereka tidak dibenarkan membeli pemain.
Chelsea dibenarkan membeli pemain bermula Januari lepas namun gagal mendapatkan sebarang pemain baharu bagi memperkuatkan pasukannya.
Lampard sedar, untuk bersaing dengan Liverpool atau Manchester City pada musim depan mereka perlu membuat perubahan besar.
Jadi Chelsea tidak berminat membelanjakan wang pada pertengahan musim. Mereka mengumpul kesemua dana perpindahan ke hujung musim bagi melakukan perubahan besar secara serentak.
Lebih-lebih situasi mereka di liga tidak terlalu kritikal.
Berikut adalah pandangan dari Talksport berkaitan XI Chelsea pada musim hadapan dana pa yang perlu mereka lakukan.
PENJAGA GOL
Menurut pemerhati, mereka masih belum faham kenapa Chelsea membayar terlalu mahal bagi mendapatkan penjaga gol ini.
Kepa tidak menepati tanda harga dibayar untuknya. Masa depan pemain berusia 25 tahun ini di Stamford Brigde semakin malap.
Isu terbesar yang dilakukannya adalah bertelingkah dengan Maurizio Sarri. Peratusan save penjaga gol ini terlalu rendah dibawah Frank Lampard.
Chelsea dikaitkan dengan penjaga gol Manchester United dan England B-21, Dean Henderson.
Pada musim ini Henderson dipinjamkan ke Sheffield United yang telah menampilkan aksi yang hebat. Pemain ini dilaporkan berada pada harga £ 50 juta.
Jual Kepa, beli baru.
PERTAHANAN
Lampard sering melakukan perubahan dibahagian pertahanan bagi mendapatkan kombinasi terbaik- tetapi tidak pernah berhasil.
Antonio Rudiger tidak mengecewakan namun Kurt Zouma, Andreas Cristensen atau Fikayo Tomori gagal membuktikan kemampuannya.
Mereka diberi banyak peluang bermain tetapi tetap gagal.
Gabriel Magalhaes dari Lille dilaporkan semakin hampir menyertai Chelsea bagi menjadi pasangan baru Rudiger di bahagian pertahanan tengah.
Bek kiri juga menjadi masalah Chelsea sepanjang musim. Emerson Palmiera dan Marcos Alonso tidak mencapai standard yang diperlukan pasukan.
Pemain Leicester City telah dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge, dia diharapkan mampu menyamai kualiti yang ditinggalkan oleh Ashley Cole pada 6 tahun lepas.
Bagi pertahanan kanan, Reece James mendapat pujian. Cesar Azpilicueta bakal memasuki usia 30-an dan James dilihat mampu mengisi kekosongan itu secara transisi.
Kekalkan Rudiger dan Reece
TENGAH
Kekuatan Chelsea ketika ini terletak di bahagian tengah. Chelsea mempunyai bakat dibahagian ini.
Kecederaan panjang dialami N’Golo Kante dan Ruben Loftus-Cheek tidak meninggalkan kesan kepada pasukan.
Apabila mereka kembali, Lampard mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengisi peranan yang diperlukan dibahagian ini.
Jorginho dan Mateo Kovacic agak menonjol pada kempen kali ini sementara itu bintang akademi Mason Mount dan Billy Gilmour juga mengagumkan.
Malah Ross Barkley mula menemui sentuhan terutamanya pada lewat musim sebelum bola sepak ditangguhkan.
Tak payah usik
SERANGAN
Ketika pertahanan Chelsea agak mengecewakan musim ini, bahagian serangan juga tidak menjaringkan gol yang cukup.
Chelsea boleh menguasai permainan tetapi mereka sering membenarkan pasukan lawan kembali mendapat keputusan baik walaupun Chelsea berhak menang.
Tidak banyak yang boleh dikatakan tentang Tammy Abraham, memiliki 13 jaringan liga. Tiada pemain lain yang benar-banar boleh diharapkan.
Perkara terbaik yang dimiliki kelab adalah mereka mempunyai Christian Pulisic tetapi pemain AS ini bergelut dengan kecederaan.
Pada satu ketika Abraham juga mempunyai masalah yang sama.
Perkembangan lain, Willian dan Pedro kelihatan akan pergi selepas tamat musim kerana kontrak mereka bakal berakhir.
Chelsea terdesak menambah kekuatan di unit serangan – inilah sebab mengapa Chelsea perlu sejumlah wang yang besar bagi membeli pemain baharu.
Mereka membeli Ziyech £ 33.6 juta dan sekarang semakin hampir mendapatkan Werner dengan harga £ 53 juta.
Ziyech diharapkan akan membawa kreativiti yang amat diharapkan Chelsea dan Werner boleh bermain di tiga-tiga bahagian serangan.
Sekiranya Lampard terus serius dalam pembelian pemain baharu, pasukan ini akan berubah 100% dibahagian atas.
Ia berikutan khabar angin terus mengaitkannya dengan pemain sayap Dortmund, Jadon Sancho.
Tambah peledak
BAGAIMANA CHELSEA DIGAMBARKAN PADA MUSIM HADAPAN
Jika peminat Chelsea mahu bermimpi, mereka mungkin memiliki 3 pemain baharu di bahagian hadapan untuk memberi saingan di pertandingan eropah musim depan.
Sumber: Talksport
Foto: Swaqka