West Ham United kini memintas Man United dalam carta Liga Perdana Inggeris. Ini selepas West Ham berjaya menang 2-0 ke atas United dalam aksi yang berlangsung awal hari ini.
Man United berkasi dominan pada separuh masa pertama. Namun mereka mempersia siakan peluang gol yang mereka ada terutama sekali daripada Alejandro Garnacho.
Man United jelas sekali tidak ada sengat di barisan serangan mereka walaupun berjaya melakukan beberapa siri serangan dan sentuhan di kawasan gol lawan.
Pada separuh masa kedua, United malah dikejutkan oleh West Ham. Pertamanya menerusi gol oleh Jarred Bowen minit ke-72.
Gol itu dicipta dengan terlalu mudah. Apabila dia menerima bola hasil sungkitan oleh Lucas Paqueta dalam kotak penalti dan meluru ke hadapan Onana. Dia menewaskan penjaga gol itu yang sempat menghalang percubaan pertamannya.
Enam minit kemudian, giliran penggempur berbisa West Ham, Mohammed Kudus berjaya untuk menghasilkan gol kedua pasukannya.
Kali ini Kobe Mainoo yang cemerlang sepanjang malam, melakukan kesilapan, kehilangan bola di tengah. Kudus memberikan bola kepada Paqueta yang segera memulangkan bola untuk mencipta satu lagi peluang yang disempurnakan oleh Kudus.
Kudus kini sudah menjaringkan 9 gol bersama West Ham sejak menyertai kelab itu pada musim ini.
Manchester United gagal membalas 2 gol tersebut dengan baki perlawanan yang ada.
Membuatkan mereka menelan kekalahan kelapan mereka musim ini setakat ini.
Ianya akan menjadi kekalahan yang sukar diterima United kerana mereka terus sukar untuk menghampiri 4 teratas.