West Ham Bengang Arsenal Melambatkan Proses Bayar Deposit Rice

Hierarki West Ham dilaporkan bengang dengan Arsenal yang dituduh melambat lambatkan proses akhir perpindahan Declan Rice.

Persetujuan harga telah dicapai minggu lalu. Di mana kedua dua pasukan sepakat dengan harga £105 juta termasuk bonus untuk pemain itu.

Dengan Arsenal setuju membayar £100 juta bayaran wajib secara ansuran 18 bulan. Sebelum itu, Arsenal mahu membayar wang perpindahan itu dengan ansuran lebih 4 tahun.

West Ham menolak cadangan itu. Dan akhirnya kedua duanya mencapai kata sepakat.

Namun kini Arsenal melengahkan proses menandatangani dokumen perpindahan pemain tersebut. Ini termasuk deposit £33,3 juta yang dijanjikan pada bayaran pertama.

Impaknya, West Ham semakin kesuntukan masa untuk menandatangani pemain baharu bagi menggantikan Declan Rice.

Terdapat teori bahawa Arsenal sengaja melengahkan bayaran deposit untuk Declan Rice adalah kerana Arsenal mahu menjimatkan gaji mingguan Declan Rice yang setuju dengan kontrak bernilai £250,000 seminggu bersama Arsenal.

Apa sahaja alasannya, West Ham kini merasakan bahawa mereka akan menjadi pihak yang terkesan dengan perkara ini.

Declan Rice sebelum ini turut menjadi sasaran kepada Manchester City. Di mana West Ham telah menjemput kelab Manchester itu datang membida pemain itu.

Namun City menarik diri selepas West Ham meminta £105 juta untuk pemain tersebut. Tawaran yang diberikan Arsenal kepada mereka setelah mendengar City berada dalam kedudukan lebih baik untuk mendapatkan Rice.

Peminat Arsenal menyatakan mereka berpuas hati dengan tindakan Arsenal menyusahkan West Ham kerana tindakan kelab West Ham sebelum ini ke atas Arsenal.

Di mana West Ham dikatakan telah membuatkan Arsenal terpaksa menawarkan £105 juta kepada mereka setelah West Ham menggoda Man City untuk berperang harga dengan Arsenal.

Declan Rice merupakan pemain penting yang akan menguatkan bahagian tengah pasukan Arsenal. Dia akan memberikan kestabilan di tengah dengan corak permainannya yang bersifat defensif.

Rice turut menjadi pemain penting untuk Three Lions sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Peminat Arsenal sudah tak sabar menantikan kehadiran Declan Rice ke dalam pasukan mereka. Pemain yang dianggap pemimpin yang diperlukan oleh pasukan itu dalam usaha mereka mencabar kejuaraan EPL sekali lagi musim hadapan.