West Ham Iklankan Mereka Mencari CB,LB,DM,CM, AM, Winger Dengan Budget £20j Satu Pemain

David Moyes dikatakan sangat bengang kerana masih belum mendapat pemain yang dia mahukan selepas dia memberikan kelab itu pendapatan £105 juta hasil penjualan Declan Rice.

Moyes sudah memberitahu pengurusan tertinggi bahawa dia perlukan pemain baharu dengan segera di beberapa posisi.

Beberapa hari lalu West Ham hampir sahaja memeterai perjanjian dengan Carlos Borges. Hanya tinggal medikal saja, malangnya Ajax buat hal dengan sailang pemain itu pada minit akhir.

West Ham masih gagal dalam usaha mereka mendapatkan pemain tengah. Mereka tidak dapat menyepakati harga untuk Scott McTominay atau Conor Gallagher.

Seterusnya mereka juga tidak dapat mencapai kesepakatan untuk harga dan gaji Harry Maguire.

Semua pemain tersebut diletakkan dengan harga yang dianggap West Ham terlalu tinggi untuk pemain yang sudah disenaraikan untuk dijual.

Kini West Ham menggunakan langkah baharu. Dan Sheldon melaporkan pegawai West Ham telah mengiklankan tentang kelab itu mencari pemain pemain yang mereka mahukan di sebuah forum perpindahan pemain yang terkemuka.

Ruangan forum itu adalah di antara ejen ejen bola sepak dan juga beberapa pegawai penting dalam kelab yang berkaitan dengan perpindahan pemain.

West Ham mahukan posisi bek tengah, bek kiri, pemain tengah defensif, pemain tengah, pemain no.10 dan pemain sayap.

Mereka menegaskan bahawa setiap satu perpindahan mereka ada budget maksimum £20 juta sahaja.

West Ham perlu menguatkan pasukan mereka musim ini kerana prestasi mereka dalam liga pada musim lalu kurang memberansangkan. Namun mujur mereka cemerlang dalam aksi UECL. Dan menjadi juara.

Bermakna mereka akan beraksi di UEL musim ini.