West Ham Minta City Bayar £110j Untuk Lucas Paqueta

Manchester City membida  £70 juta. Untuk mendapatkan Lucas Paqueta dari West Ham United.

Dan kelab itu meminta sekurang kurangnya £85 juta / €100 juta untuk pemain Brazil tersebut yang dirasakan nilai itu terlalu mahal oleh City.

Namun kelab West Ham United telah menolak bidaan itu menyatakan Paqueta bukan untuk dijual.

Man City kemudian kehilangan Kevin De Bruyne untuk sekurang kurangnya 4 bulan kerana kecederaan serius di hamstring.

Pep Guardiola dikatakan memberitahu kelab bahawa dia benar benar perlukan Lucas Paqueta selepas melihat bahagian tengah mereka agak rapuh dalam beberapa ketika.

Man City dilaporkan kembali dengan tawaran £85 juta untuk Paqueta ataupun kira kira €100 juta seperti mana diminta West Ham sebelum ini. Kemudian City sedia menambah bonus £10 juta lagi sebagai bonus.

Namun West Ham kini meminta kelab itu membayar £110 juta bayaran tetap tidak termasuk bonus untuk pemain tersebut.

West Ham menjelaskan bahawa masanya sangat terhad untuk mereka mendapatkan pengganti pemain tersebut. Lebih lebih lagi kelab itu sudah menjual Declan Rice ke Arsenal.

Paqueta masih menyerahkan perbincangan kepada kelabnya. Walaupun pemain itu baru baru ini mengucapkan tahniah kepada Declan Rice. Dia juga memberitahu bahawa dia mahukan lebih banyak trofi dalam kariernya.

Kini West Ham menyerahkan kepada Man City sama ada mereka sanggup atau tak membayar angka tersebut.

Rundingan masih berjalan. Dan Man City yakin perpindahan ini akan diselesaikan dengan semua pihak berpuas hati.

City optimis Paqueta juga tiada masalah untuk menyertai mereka.