West Ham United berjaya menyingkirkan Arsenal dalam aksi pusingan 16 akhir Piala Carabao.
Ianya kepulangan yang tidak menggembirakan untuk Declan Rice yang menjadi pemain gantian dalam perlawanan ini.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata dia adalah orang yang harus dipersalahkan dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan ini.
“Saya kecewa dengan diri saya sendiri” kata Arteta selepas pasukannya tersingkir daripada Piala Carabao.
Arteta melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utamanya, dengan Declan Rice, Bukayo Saka dan kapten Martin Odegaard di bangku simpanan.
Declan Rice 🤗 David Moyes pic.twitter.com/LICx1GtTgl
— Sky Sports Football (@SkyFootball) November 1, 2023
Pasukan Arsenal mempamerkan persembahan yang kurang bagus dan pengurus itu sendiri mengakuinya.
“Saya sangat kecewa. Saya bertanggungjawab untuk itu,” katanya.
“Kami terkeluar daripada persaingan piala ini, kami mahu bermain permainan yang sangat berbeza dan bersaing.”
“Hala tuju perlawanan ini adalah kerana gol pertama tetapi kami perlu melihat lebih banyak lagi daripada pasukan dan mendapatkan hak untuk menang.”
“Saya kecewa dengan diri saya sendiri. Kami mahu bermain dengan cara yang berbeza dan kami tidak mampu melakukannya. Setiap kali kami kehilangan kesakitan itu ada.”
West Ham 3-0 Arsenal
Declan Rice… pic.twitter.com/QQEpiAvNbq
— Football on TNT Sports (@footballontnt) November 1, 2023
“Kami perlu menggunakan kesakitan ini dan kekalahan ini untuk mempersiapkan diri cara terbaik untuk aksi Newcastle [dalam Liga Perdana] pada hari Sabtu.”
West Ham mendahului menerusi gol sendiri pada minit ke-16, dengan Jarrod Bowen melakukan tendangan sudut yang terus ke arah penjaga gol Aaron Ramsdale, sebelum Ben White tertampan bola ke gawang sendiri.
Ramsdale membantah gol itu mendakwa dia ditarik oleh Soucek. Namun pengadil kekal dengan keputusannya.
Arsenal mendominasi penguasaan bola tetapi gagal menembusi gawang lawan, dan mereka dihukum lima minit selepas rehat apabila Mohammed Kudus melakukan momen genius.
Dia mengawal kemas hantaran jarak jauh Nayef Aguerd dengan sentuhan pertama cemerlang, sebelum melakukan hantaran melalui celah kaki Gabriel.
Mohammed Kudus with an UNREAL first touch on his goal to make it 2-0 vs. Arsenal 😨 pic.twitter.com/yJ4IeGr2YT
— ESPN FC (@ESPNFC) November 1, 2023
Trap Control yang kemas daripada Kudus benar benar membuatkan ramai memuji kehebatan teknikal pemain itu.
Kudus makes it 2-0 for the Hammers!🤩
— Listowel 𝕏 (@_listowelx) November 1, 2023
GoaL! | West Ham United 2-0 Arsenal | ⚽️ Mohammed Kuduspic.twitter.com/ltrpca3Ub6
— FootColic ⚽️ (@FootColic) November 1, 2023
“Kudus, left foot do doof” 🇬🇭⚒️🪄 pic.twitter.com/24jirXsVGd
— A☝🏻 (@whualfie_) November 1, 2023
Bowen kemudian menghukum Ben White yang melakukan tandukan lemah. Di mana Bowen merembat deras untuk gol ketiga.
Odegaard menjaringkan gol saguhati selepas itu. Dan Arsenal meneruskan penantian 30 tahun The Gunners dalam Piala Liga Inggeris.
West Ham mara ke suku akhir untuk musim ketiga berturut-turut, di mana mereka akan menentang Liverpool di tempat lawan.