Manchester City serius mahu mendapatkan Lucas Paqueta untuk menjadi pemain tengah mereka.
Guardiola sebelum ini sudah mendapatkan Mateo Kovacic dari Chelsea dengan nilai £40 juta.
Dan kini sedia untuk menambah seorang lagi pemain tengah sebelum jendela perpindahan ditutup.
City memiliki nama seperti Kavlin Phillips di bangku simpanan mereka. Namun pemain itu masih gagal meyakinkan Guardiola bahawa dia boleh menjadi pemain utama merekla.
Man City sudah mengadakan perbincangan dengan West Ham untuk mendapatkan pemain tengah lincah itu.
Manchester City have concrete interest in Lucas Paquetá. Talks took place with West Ham this week 🚨🔵🇧🇷 #MCFC
Not an easy negotiation but City have added him to summer targets list, as @marcoconterio @geglobo reported. pic.twitter.com/WnMbDkiEav
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 8, 2023
Dan sedia membayar £70 juta untuk pemain kebangsaan Brazil tersebut. Dia menjadi sasaran terbaru pada musim panas ini untuk Man City.
Malangnya, West Ham memberitahu Man City bahawa tawaran itu terlalu rendah untuk pemain tersebut.
🚨Globo:
Manchester City have offered £70 million for Lucas Paquetá.
West Ham is expected to rejected and ask for a higher amount. pic.twitter.com/JNJmvl8mlj
— Brasil Football 🇧🇷 (@BrasilEdition) August 8, 2023
West Ham meminta City untuk datang dengan tawaran baharu yang lebih tinggi.
Sebelum ini Man City pernah cuba mendapatkan harga untuk Declan Rice. Dan West Ham meletakkan £100 juta. Man City sedia membayar sekitar £90 juta yang dianggap sudah cukup tinggi untuk pemain itu.
Malangnya bidaan itu ditolak West Ham dan meminta City menaikkan nilai bidaan di atas £100 juta. Kerana pada masa itu Arsenal sudah menawarkan nilai £100 juta.
Man City kemudian menarik diri dan Arsenal setuju membayar £105 juta untuk pemai itu.
Kini kelab itu sedia untuk berunding dengan West Ham sekali lagi untuk Paqueta pula.