WhatsApp Adalah Sampah

Elon Musk ada pandangan peribadi beliau tersendiri tengan aplikas pesanan teks paling popular di dunia iaitu WhatsApp.

Beliau menganggap aplikasi itu sebagai sampah dan langsung tak boleh dipercayai.

CEO Tesla itu menyatakan beliau tak yakin langsung dengan WhatsApp kerana menuurutnya, aplikasi mesej milik Facebook itu terlalu lemah sekuritinya. Ia membuatkan WhatsApp sebagai aplikasi yang mudah digodam.

Elon Musk mengutuk WhatsApp secara terbuka menerusi twitter miliknya dengan menggunakan emoji menggambarkan tahap keselamatan dan kredibiliti WhatsApp.

Beliau menggunakan emoji sempena dengan minggu netizen sedang meraikan banyak emoji baharu yang dikeluarkan.

Elon Musk menulis: “Emoji baharu, yang hujung sekali dapat percuma hack telefon.”

Kenyataan Elon Musk itu pastinya mencabar Mark Zuckerberg yang sebelum ini mengutuk TikTok sebagai aplikasi paling meragukan tahap keselamatan.

Malangnya, beberapa minggu lalu, seorang lagi mangsa penggodaman WhatsApp iaitu, CEO Amazon, Jeff Bezos menyatakan perbualan WhatsApp beliau digodam.

WhatsApp terus mengundang banyak kritikan kerana keraguan pengguna ke atas tahap privasi dan sekuriti perisian tersebut.

Telah banyak mangsa perbualan WhatsApp yang bocor ke pengetahuan orang lain.

Namun pengguna ada pilihan lain jika tak mahu menggunakan WhatsApp, misalnya menggunakan Telegram.

 

Baca yang lain