WhatsApp dilaporkan telah membuat keputusan untuk menhentkan perkhidmatan aplikasi tersebut pada jutaan peranti lama yang masih digunakan oleh kebanyakkan pengguna di seluruh dunia.
Syarikat yang dimiliki oleh Facebook itu mengeluarkan senarai peranti atau telefon pintar yang tidak boleh digunakan untuk aplikasi tersebut di laman sesawang mereka baru-baru ini.
#WhatsApp will not work in these phones from Jan 2020https://t.co/EwpqQ2AOiu
— The Statesman (@TheStatesmanLtd) December 11, 2019
Pelbagai variasi peranti versi Android, iPhone dan Windows akan terjejas, dan tarikh akhir penggunaan ialah pada 1 Februari 2020.
Antara yang terjejas ialah model iPhone yang masih menggunakan iOS 8 atau versi yang lebih awal, yang diperkenalkan pada April 2014. Ini bermakna jika anda memiliki iPhone 6 atau yang lebih baharu, anda tidak perlu risau.
“Untuk pengalaman terbaik, kami mencadangkan anda menggunakan versi terbaru iOS pada telefon anda,” ujar WhatsApp melalui muat naik di blog milik mereka.
The social messaging platform which boasts over a billion users has updated its FAQs with the Android and iOS devices which will not be able to support @WhatsApp from next year.https://t.co/u8dNahb0V3
— TIMES NOW (@TimesNow) December 11, 2019
Bagi pengguna Android pula, anda akan mengalami masalah jika telefon pintar anda menggunakan versi 2.3.3 yang turut dikenali sebagai Gingerbread.
Malah anda akan disekat jika cuba membuka akaun baharu WhatsApp menggunakan peranti tersebut.
Android Gingerbread diperkenalkan pada 2010. Kebanyakan peranti jenama Samsung, Huawei, dan telefon pintar milik Google sepatutnya terselamat dari masalah sekatan oleh WhatsApp.
WhatsApp will stop working on these phones after Feb 2020: Here’s the list https://t.co/oK8mb3NGWl pic.twitter.com/N1B87F5NqZ
— indian technology (@Indian_Technolo) December 11, 2019
Jika anda adalah pemilik salah satu dari telefon pintar yang menggunakan versi android atau iOS lama, anda dinasihatkan untuk memuat turun versi terbaru.
Bagaimanapun kebanyakkan telefon lama mengalami masalah untuk menggunakan sistem operasi terbaru yang disediakan.
Ia bukan kali pertama WhatsApp bertindak menamatkan operasi aplikasi mereka pada model telefon lama. Sebelum ini Whats App menganggap ia keputusan yang sukar untuk dilakukan.
Namun kerana isu keselamatan dan kelancaran operasi, dan kemudahan pengguna, keputusan tersebut terpaksa diambil.
Bagi pengguna di Malaysia, sila semak sistem operasi telefon pintar anda bagi memastikan tiada masalah menjelang Februari tahun hadapan.