WhatsApp sudah mengesahkan bahawa mereka menamatkan sokongan kepada telefon pintar yang lama dan juga Window Phone.
Ini juga termasuk telefon iOS dan Android versi yang lama – lama dahulu.
Dalam satu kenyataannya, WhatsApp yang merupakan platform pesanan / messaging popular telah menyatakan bahawa mereka tidak akan menyokong lagi telefon iOS 8 dan ke bawah serta Androi versi 2.3.7 dan ke bawah.
iOS 8 dilancarkan pada 5 tahn yang lalu. Manakala Gingerbread pula dilancarkan pada tahun 2010.
WhatsApp percaya, para pengguna akan faham akan tindakan mereka yang hanya fokus kepada versi telefon yang lebih terkini.
Features WhatsApp pada telefon lama tersebut boleh terhenti dan tidak boleh digunakan pada bila – bila masa pada tahun hadapan.
WhatsApp kemudian menasihatkan pengguna untuk sentiasa mengemaskini WhatsApp mereka kepada versi yang terkini untuk memastikan mereka menerima kemaskini keselamatan dan feature terbaru.
WhatsApp akan melepaskan beberapa kemaskini pada tahun hadapan.
Penghentian sokongan kepada telefon lama ini berkuat kuasa pada 1 Februari 2020.
WhatsApp dilaporkan sudah mulai menghalang pengguna telefon lama ini daripada mencipta akaun baharu menggunakan telefon tersebut. Serta menghantar verifikasi untuk akaun semasa.
WhatsApp selepas ini hanya akan menyokong telefon dengan sistem iOS 9 dan terkini. Untuk Android, pastikan telefon anda menggunakan sekurang – kurangnya Android 4.0.3 ataupun KaiOS 2.5.1 dan yang lebih baharu.
Untuk Window Phone pula, WhatsApp sudah memutuskan untuk tidak menyokong telefon tersebut serta merta selepas 31 Disember 2019.
WhatsApp sudah menutup sepenuhnya sokongan kepada platform tersebut sepenuhnya esok, pada tahun baharu.
Jadi, korang yang masih pakai window phone tu, kalau masih nak pakai WhatsApp terpaksalah menggunakan iOS ataupun Android.
Mungkin ada emak atau ayah, datuk atau nenek, makcik atau pak cik korang yang masih pakai telefon lama tu, dan menggunakan WhatsApp. Maka korang boleh la cakap dengan mereka akan berita ini.
Orang veteran ni biasanya tak suka tukar telefon kalau dah pakai satu tu.