Wijnaldum Terbuka Luah Kekecewaan Kerana Hanya Diperam Bangku Simpanan PSG

Gini Wijnaldum menyatakan bahawa beliau agak kecewa dengan situasnya di PSG.

Mantan pemain tengah Liverpool dan Newcastle itu tidak beraksi banyak perlawanan musim ini sejak menyertai gergasi Perancis itu.

Lantas situasi itu turut membimbangkan pengurus Belanda, Louis Van Gaal. Di mana Belanda kini bergantung kepada dua pemain tengah yang kurang minit perlawanan iaitu Wijnaldum dan Donny Van De Beek.

Wijnaldum diminta memberikan komen tentang perasaannya bermain utnuk PSG yang sarat bintang termasuk pemain seperti Lionel Messi.

Wijnaldum berkata: “Saya tak boleh kata yang saya benar benar gembira dengan situasi saya yang ada sekarang ini. Kerana situasinya tidak seperti yang saya harapkan.”

“Tapi, inilah bola sepak, saya harus belajar untuk berhadapan dengannya. Saya seorang pejuang, saya harus kekal positif, dan bekerja keras untuk mengubah keadaan.”

“Saya bermain banyak sekali perlawanan dalam masa beberapa tahun sebelum ini dan melakukannya dengan baik. Ini [diperam di bangku simpanan] adalah perkara yang sangat berbeza dan saya harus biasakan diri saya.”

“Saya sudah tak sabar untuk mengharungi langkah baharu dalam karier saya [bersama kelab baru] dan akhirnya begini pula jadinya. Ianya benar benar sukar.”

Sebelum ini Louis Van Gaal menyatakan kerisauannya. Gini Wijnaldum pun turut risau tentang kekurangan minit perlawanan. Kini beliau di belakang pemain seperti Idirissa Gueye, Marco Veratti dan juga Ander Herrera.

“Dah tentu saya risau. Saya sudah bercakap dengan beliau [Van Gaal] tentang perkara ini ketika saya tiba.”

Selain PSG, Wijnaldum sebelum ini sudah dikatakan setuju secara verbal untuk menyertai Barcelona. Namun pemain itu menolak tawaran itu mengejut kerana menurutnya, Barcelona tidak begitu bersungguh sungguh dalam rundingan tersebut.

Berbeza dengan PSG, Mauricio Pochettino sangat inginkan Wijnaldum. Malah Gini menegaskan bahawa beliau pernah cuba dipancing Pochettino ketika mereka sama sama berkarier di Liga Inggeris lagi.

Baca yang lain