Academy of Motion Picture Arts and Sciences mengesahkan bahawa mereka menggantung dan mengharamkan nama Will Smith daripada Anugerah Oscar selama 10 tahun.
Ini selepas bintang sensasi Hollywood itu melempang Chris Rock di pipiny kerana membahan isteri Smith.
Pengumuman tentang perkara itu sudah pun dibuat pada Jumaat. Mujur Will Smith sempat merasa anugerah Oscar pertamanya untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Kalau tak, 10 tahun juga dia nak menunggu.
Academy menyatakan bahawa kelakuan Wil Smith adalah melampau dan ganas. Academy dalam kenyataannya berkata:
“Hari ini, Lembaha Gabenor telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan respon terbaik kami ke atas Will Smith di atas kelakuannya ketika Oscar.”
“Pihak lembaga telah memutuskan untuk menggantung Will Smith selama 10 tahun berkuatkuasa 8 April 2022. Encik Smith tidak dibenarkan untuk menghadiri sebarang majlis ataupun program anjuran Academy, sama ada secara fizikal mahupun secara maya, bukan sahaja Anugerah Academy.”
Will Smith dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia menerima hukuman itu.
Smith menjelaskan: “Saya menerima dan menghormati keputusan Academy.”
Dalam anugerah Oscar beberapa minggu lalu, Will Smith akhirnya memenangi Academy Award sulung dalam kariernya menerusi lakonannya dalam King Richard.
Namun berlaku kontroversi dalam majlis tersebut apabila Will Smith menampar seorang pelawak yang merupakan rakan baiknya, Chris Rock kerana membahan isterinya secara langsung.
Selepas acara anugerah tersebut, Will Smith meminta maaf dan menyatakan bahawa : “Cinta akan membuatkan kamu melakukan perkara perkara gila.”
Chris Rock diberikan penghargaan untuk mengumumkan senarai pencalonan untuk Best Documentary Feature, dan dia telah membuat beberapa lawak untuk audien yang hadir termasuk membahan Jada Pinkett Smith dengan menggelarkannya sebagai “G.I. Jane 2” kerana dia mencukur rambutnya.
Will Smith yang dicalonkan dalam kategori lakonan terbaik dalam King Richard, pada awalnya tersenyum namun melihat reaksi Jada, dia terus bangkit ke atas pentas. Melihat Smith menghampirinya Chris Rock, mulai menenangkan Smith dengan jenakanya.
Rock tak sangka yang Smith akan menamparnya pada hari itu. Smith menghayunkan penyepak yang padu terus ke pipi Chris Rock, dengan Rock tergamam seketika dan hanya mampu berkata wow beberapa kali.
Audien yang awalnya bergelak ketawa, telah bertukar menjadi keliru kerana melihat reaksi Smith yang sangat serius ketika meninggalkan pentas dan kemudian memarahi Chris Rock.
Everyone at the Oscar’s when Will Smith assaulted Chris Rock on national television #Oscars pic.twitter.com/VX7EzFyJ22
— LORRAKON (@LORRAKON) March 28, 2022
Reaksi dari Lupita ini antara yang menarik perhatian Netizen. Dia duduk di belakang Will Smith.
i’m lupita during that entire will and chris situation pic.twitter.com/G3z92vxPlI
— kae 🙂 (@WIZKAELIFA) March 28, 2022
Audien di auditorium terpinga pinga sama ada ianya satu gimik yang sudah dirancang? Begitu juga dengan audien di rumah. Mereka tak dapat mendengar maki hamun dan carutan Will Smith kerana rakaman audio disenyapkan serta merta.
Tetapi satu rakaman kamera tanpa tapisan tular menunjukkan Will Smith sangat marah dan berkata “keep my wife’s name out of your f***ing mouth.” ataupun “jangan sebut nama isteri aku dengan mulut kau tu hanat.”
UNCENSORED EXTENDED VERSION of Will Smith smacking Chris Rock from Japanese TV pic.twitter.com/s9BZoRyrrm
— Barstool Sports (@barstoolsports) March 28, 2022
Puff Diddy yang kemudian muncul dalam slot tribute kepada The Godfather, cuba membantu untuk menenangkan keadaan.
Seorang lagi otai, Denzel Washington turut membantu menjadi orang tengah.
Will Smith mendedahkan bahawa Denzel Washington telah menariknya ke tepi ketika dia mahu bertumbuk dengan Chris Rock. Sambil Denzel mengingatkannya: “Pada waktu ketegangan memuncak, berhati hati, kerana itulah masanya di mana syaitan datang kepada kita.”
Will Smith mempertahankan tindakannya sambil menyatakan bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi keluarganya.
“Untuk buat benda yang saya buat ni kamu harus bersedia menerima kecaman dan cemuhan. Kamu harus bersedia berdepan dengan cakap cakap orang yang mengutuk kamu.”
“Dalam industri ini kamu akan berdepan dengan orang yang biadap ke atas kamu. Dan kamu harus tersenyum, berpura pura segalanya ok sahaja.”
Will Smith memenangi Anugerah Pelakon Terbaik untuk persembahannya dalam King Richard. Ini adalah pencalonan keempat dan kemenangan pertama untuk Smith. Dia sebelum ini pernah dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk Ali pada 2001 dan The Pursuit of Happyness pada 2006, dia juga dicalonkan sebagai penerbit malam ini untuk Filem Terbaik untuk King Richard.
Hanya lima pelakon kulit hitam telah memenangi Oscar untuk Pelakon Terbaik: Sidney Poitier menerusi Lilies in the Field (1963), Denzel Washington menerusi Training Day (2001), Jamie Foxx menerusi Ray (2004), Forest Whitaker menerusi The Last King of Scotland (2006) , dan kini Will Smith.
Smith dalam ucapannya telah meminta maaf kepada penganjur Oscar, dan mengakhiri ucapannya dengan berkata, “Saya harap pihak Akademi menjemput saya lagi di masa akan datang.”
Maaf Smith, kena tunggu sedekad. Korang yang membaca artikel ini pada hari ini pada masa tu mugkin dah ada cucu agaknya, barulah Smith dibenarkan masuk ke acara.