(Amaran: Cerita ni pasal pak cik William dan jangan pulak kau cakap aku hasut kau beli nombor ekor. Baca dan ambil pengajaran yang patut.)
William hanyalah seorang lelaki yang sederhana. Seperti kebanyakan orang lain di USA, dia juga suka membeli loteri.
Mana la tau ada nasib kena katanya. Selepas bertahun mencuba, pada suatu hari dia melihat nombornya keluar.
Dia pun tak sabar menunggu pagi esok nak mengesahkan bahawa dia betul betul kena. Ketika menuju ke kedai loteri, badannya seram sejuk dan adrenalin tak keruan.
Sampai di kaunter dia menyerahkan slip dan petugas di situ mengucapkan tahniah kepadanya.
“Tahniah tuan anda baru menang loteri $16.2 juta.”
Rasa nak pengsan dia mendengarnya. Terus di dalam kepalanya memikirkan banyak perkara. Dia berkata, aku baru saja dapat duit yang tak akan pernah habis. $16.2 juta pada tahun 1988. Kau bayangkan.
Dia mahu membalas ‘dendam’ kepada kehidupannya pada masa lalu. Dia benci mengingatkan dia hidup susah ketika kecil.
Ibunya meninggal pada usianya 8 tahun. Dan ayahnya berbini lain lalu menghantarnya ke rumah anak yatim bersama adiknya.
Ketika membesar dia melakukan kerja yang susah seperti mengecat batang paip melakukan kerja-kerja buruh kasar, pernah menjadi tukang masak dan juga pemandu lori sarkas.
William tak ada rumah sendiri dan tak pernah merasai ada kereta. Dia pernah dipenjara 28 hari kerana cuba membayar hutang dengan cek tendang.
Ketika dia menang loteri,di dalam akaun dia hanyalah ada $2.46. Sebentuk cincin teman wanitanya digadaikannya sebanyak $40. Dan wang itulah yang digunakannya membeli loteri.
2 minggu pertama dia menerima $497,953.47 yang pertama daripada keseluruhan kemenanganya dan dia suda membelanjakan lebih $300,000.
Dia berhutang membeli kereta mewah, restauran, dan kapal terbang. Restauran untuk adik lelaki dan perempuannya. Manakala seorang lagi adik lelakinya dibelikannya kereta.
Dia beli kapal terbang sedangkan dia tak ada lesen menerbangkannya. Dia beli pun sebab tak tahu nak buat apa dengan duit tu.
Dalam masa 3 bulan hutang dia meningkat ke paras $500,000. Namun itu tiada masalah kerana duit akan masuk lagi selepas ini.
Setahun kemudian William membelikan adiknya rumah agam di Oil City dengan nilai $395,000. Dia mahu upgrade lagi rumah tu.
Namun selepas itu hidup dia penuh dengan masalah. Dia diarahkan berjauhan dengan isterinya kerana melepaskan tembakan di khalayak ramai ketika bertengkar.
Isterinya itu adalah wanita yang memberikan cincin untuk dia gadai dulu untuk beli loteri. Wanita itu mendakwa yang William berjanji akan membahagikan wang kemenangan kepada 2 jika dia menang dengan wang itu.
William menafikannya. Selepas 3 tahun berperang, pada 1992 di mahkamah, hakim memutuskan William perlu membayar 1/3 lagi bahagian kepada bekas isterinya itu.
Tetapi William menyatakan dia tak mampu membayarnya. Dia tak mahu menggunakan wang loteri yang akan masuk untuk membayarnya.
Kesannya, hakim mengarahkan baki pembayaran itu dibekukan sehingga dia menyelesaikan hutangnya kepada bekas isterinya.
Lebih mengejutkan apabila dia mendapat tahu adik lelakinya dikenakan pertuduhan oleh mahkamah kerana cuba membunuhnya dengan membayar pembunuh upahan sebab nak dapatkan hak waris harta.
Punyalah dia sayang kepada adiknya itu. Selepas itu, dia bermasalah nak maintenance kawasan rumahnya. Dia menjual beberapa hartanya dengan harga murah.
Rumah agam di Oil City mulai dibaluti semak samun. Kolam renang rosak, sistem keselamatan tak berfungsi dan keretanya juga rosak.
Pada 1996, William menjual rumah agamnya dengan nilai hanya $65,000. Dia kemudian melelong baki bayaran loteri dia.
Ada 17 lagi cek yang dia akan terima. Dia nak keluar daripada kemelut hutang. Dia mendapat $2.65 juta hasil daripada kesemua itu.
Tetapi dia telah menggunakan duit yang dia dapat itu dengan membeli 2 lagi rumah, 1 lori, 3 kereta, 2 Harley-Davidson motorcycles, 2 tv Sony 62 inci, 2 biji camper mewah (ala lori/bas yang diubah jadi macam rumah tu), bot mewah bernilai $260,000 yang dia rancang nak gunakan untuk memulakan kerja menjadi nelayan.
Dia berhutang lagi. Dan pada suatu hari dia melepaskan tembakan untuk menghalau orang yang nak kutip hutang membaiki keretanya yang lama tersedai di Oil City.
Dia ditahan pada 1998 dikenakan hukuman penjara 6 tahun. Ini kerana polis arahkan dia serah diri, dia tak nak. Kalau dia serah diri, dia hanya dihukum 6-24 bulan penjara.
Akhirnya, dia muflis!
Ketika keluar dari penjara dia terpaksa hidup dengan cek bantuan kerajaan untuk orang kurang upaya sebanya $450 sebulan serta bantuan kupon makanan.
Dia berkahwin lagi untuk kali ke-7 dan ada 9 anak. Itulah temannya sehingga dia meninggal.
Dia meninggal dunia pada 2006 pada usia 66 tahun. Peguam beliau pernah menyatakan tabiat buruk William ini.
“Kita hanya melihat laptop sebagai lapton, tetapi (William) akan beli laptop yang sama sebanyak 30 biji.”
“Kenapa anda nak beli 30 komputer? Lebih baik laburkan wang di hartanah. Harganya pun semakin meningkat.”
Dia pernah berkata kepada Teh Guardian:
“Saya lebih gembira dalam keadaan miskin. Ketika saya sudah tak lagi menjadi pemenang loteri, semua orang pergi tinggalkan saya.”
“Tak apa, saya suka hidup begini, tenang jiwa saya. Semua orang mengimpikan menang wang yang banyak, tetapi tak semua sedar akan mimpi ngeri dan masalah yang akan keluar menghantui kami.”
Itulah kisah uncle William. Sebab wang apa sahaja boleh berlaku. Adik pun sanggup nak bunuh abang.
Kadangkala manusia ni bila ada duit yang terlalu banyak mereka tidak tahu cara nak menguruskannya. Kena pula ‘easy money’ macam ni.
RUJUKAN